الأخبار

الأخبار

Amalina mahu kerajaan terus bantu OKU

Amalina mahu kerajaan terus bantu OKU

التاريخ : 06 December 2018

المحرر : Roslan Bin Rusly

الفئة : News


Share

Kuala Lumpur: Tidak pernah berasa rendah diri atas kekurangan dimiliki, sebaliknya terus optimis dan berusaha dengan gigih bagi menamatkan pengajian pada peringkat universiti.

Itu kata-kata semangat yang dipegang graduan orang kurang upaya (OKU) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nur Amalina Kamsani, 25, yang berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian pada Majlis Konvokesyen UIAM Ke-34, baru-baru ini.

Anak bongsu daripada lima beradik yang pernah menjalani tiga pembedahan mata itu berkata, walaupun terpaksa berdepan dengan kekangan kesihatan, beliau tidak
sekali-kali patah semangat, malah sering berjumpa pensyarah bagi membincangkan topik pengajian.

Sokongan berterusan tanpa berbelah bahagi ibu bapanya iaitu Kamsani Sarmin, 64, dan Zainab Wagimin, 59, adalah antara faktor utama kejayaannya.

Beliau yang memperoleh purata nilai gred kumulatif (PNGK) 2.76 turut berharap supaya kerajaan dapat terus memberi sokongan kepada golongan itu bukan sahaja di universiti tetapi ketika mereka berada di luar.

“Golongan OKU juga mampu mencipta pelbagai kejayaan membanggakan menerusi sokongan sosial, moral, bantuan dan insentif yang diberikan oleh kerajaan,” katanya