الأخبار

الأخبار

Bangun aplikasi kaji tumbuh-tumbuhan

Bangun aplikasi kaji tumbuh-tumbuhan

التاريخ : 02 February 2019

المحرر : Roslan Bin Rusly

الفئة : News


Share

Kulliyah Senibina dan Reka Bentuk Alam Sekitar (KAED) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membangunkan satu sistem pangkalan data Kod QR iaitu aplikasi untuk mengkaji tumbuhtumbuhan yang terdapat di fakulti berkenaan.

Dilancarkan pada penghujung 2017, sistem terbabit adalah sebahagian projek makmal hidup yang diwujudkan khusus untuk penuntut ijazah sarjana muda di bawah program landskap di KAED. Dekan KAED, Prof Ar Dr Abdul Razak Sapian berkata, projek perintis itu dilaksanakan fakulti berkenaan dan dalam perancangan untuk memperluaskan ke seluruh institusi pengajian itu.

“Uniknya aplikasi ini apabila penuntut boleh mengenal pasti tumbuhtumbuhan termasuk ciriciri dan nama saintifiknya yang terdapat di sekitar fakulti. Ini bermaksud semua maklumat setiap pokok terdapat dalam pangkalan data yang disediakan.

“Sebelum itu perlu memuat turun aplikasi Kod QR di telefon bimbit masing-masing. Kemudian mengimbas penandaan kod pada setiap pokok menggunakan aplikasi ini. 

“Seterusnya mereka berpeluang mendapatkan maklumat lengkap berkaitan tumbuhtumbuhan ini daripada laman web yang sudah dikemas kini,” katanya.

Katanya, proses penandaan merangkumi proses mengenal pokok, memuat naik maklumat pokok dalam laman web dan mengenal pasti pokok dengan penandaan. Beliau berkata, terdapat lebih 50 jenis pokok tempatan dan luar negara di KAED yang terdiri daripadapelbagai spesies.

“Tanpa sistem pangkalan data Kod QR ini tidak mungkin penuntut dapat mengenal pasti tumbuh-tumbuhan terbabit secara manual.

“Kebanyakan tumbuhan yang ditanam di sini banyak digunakan dalam pembinaan landskap dan ditanam di kawasan perumahan,” katanya.

Difahamkan sistem berkenaan adalah projek pertama dilaksanakan di institut pengajian tinggi di negara ini dan Dr Abdul Razak mencetuskan idea terbabit kerana makmal hidup bukan setakat untuk bangunan. tetapi juga terhadap tumbuhtumbuhan