الأخبار

الأخبار

Berfikiran positif bantu kejayaan Azzrulkhan

Berfikiran positif bantu kejayaan Azzrulkhan

التاريخ : 29 November 2018

المحرر : Roslan Bin Rusly

الفئة : News


Share

Gombak: Lumpuh anggota badan sejak lahir sehingga memerlukannya bergerak menggunakan kerusi roda bagi memudahkan urusan pembelajaran, tidak menghalang usaha Azzrulkhan Hasrullah Matsah, 26, menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Mengimbau pengorbanannya sepanjang bergelar mahasiswa, Graduan Sains Kemanusiaan itu yang lumpuh kaki cukup cekal meredah jarak perjalanan jauh untuk berulang-alik dari asrama ke kelas.

Katanya, demi kecintaan mendalam terhadap akademik dan membuktikan kekurangan diri tidak melemahkan semangatnya untuk bersaing bersama-sama rakan normal, beliau tegar bersusah payah bagi kejayaan masa depan.

“Saya selalu berfikiran positif bahawa saya mampu meraih pencapaian baik dan menamatkan pengajian sejak hari pertama melangkahkan kaki ke universiti.

“Bagi saya, bukan kekurangan fizikal menjadi ukuran mencipta kejayaan, tetapi usaha tanpa jemu adalah kuncinya,” katanya yang aktif sebagai penceramah motivasi bebas.

Source Berita Harian- Varsiti