الأخبار

الأخبار

Dimensi baharu Dasar Pandang Timur

Dimensi baharu Dasar Pandang Timur

التاريخ : 30 November 2018

المحرر : Roslan Bin Rusly

الفئة : News


Share

Menerusi suntikan nafas baharu kepada Dasar Pandang ke Timur, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif menganjurkan Wacana Malaysia Jepun dalam usaha mempromosi pemahaman yang lebih baik mengenai hubungan antaradua negara.

Inisiatif itu berikutan pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahum engaktif semula dan memperkasakan Dasar Pandang ke Timur ketika menghadiri Persidangan Nikkei di Jepun, baru-baruini. Dasar yang diperkenalkan pada 1982 itu antaralain bertujuan mengalihkan fokus tumpuan dari negara Barat kepada rantau Asia yang ketika itu mengalami kebangkitan khususnya Jepun.

Melalui pengumuman berkenaan juga, secara tidak langsung ia menghidupkansemula minat terhadap sejarah hubungan dan kerjasama antara Malaysia dengan Jepun. Tekad menyokong inisiatif itu ialah Pengarah Pusat Bahasa dan Budaya Jepun USIM, Dr Zoraida Mustafa yang mengaturs iri Wacana Malaysia-Jepun.

Usaha mempromosikan Dasar Pandang ke Timur itu sememangnya sesuatu yang amat dekat di hati Dr Zoraida kerana ia membentuk laluan hala tuju akademik dan kariernya sebelumini.

Menyingkap sedikit memori manisnya dengan NegaraMatahari Terbit berkenaan,DrZoraida berkata,apabila ramai rakannya mendapat tawaran menyambung pelajaran di Amerika Syarikat dan United Kingdom pada awal 1990, beliau lebih berminat memilih Jepun sebagai destinasi pengajiannya.

“Sewaktu belajar dalam kelas geografi di sekolah dahulu, kami didedahkan dengan Jepun,sebuah negara yang amat cantik dan kebetulan saya juga peminat tegar anime.

“Oleh itu, saya menghantar permohonan untuk melanjutkan pengajian ke Jepun dan Alhamdulillah, berjaya memperoleh biasiswa untuk kursus kejuruteraan kimia di sebuah universiti di sana.

“Namun, saya kemudian menukarkursus pengajian kepada bahasa dan sasteraJepun selepas terpesona dengan keindahan bahasa mereka,”katanya.

Pemahaman lebih mendalam 

Dr.Zoraida memperoleh Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Jepun dari Universiti Kanazawa pada 1995 sebelum melanjutkan pengajian peringkat Sarjana serta Doktor Falsafah Bahasa dan Kesusasteraan Jepun di Universiti Hiroshima dari 1999 sehingga2006.

Katanya,selepas Perdana Menteri membuat pengumuman untuk menghidupkan semula Dasar Pandang ke Timur, beliau berbincang dengan pentadbiran USIM dan mereka setuju untuk mendahului selangkah ke hadapan. Dr Zoraida turut akui projek itu tidak dapat dilakukan secara sendirian.

Justeru, beliau mengambil inisiatif untuk menghimpunkan semuaorganisasi yang berkaitan bagi menganjurkan Malaysia-Japan (MAJA) Discourse Project seperti Ambang Asuhan Jepun, Universiti Malaya;Pusat Bahasa Teikyo Malaysia; Japan Associates Degree,Malaysia-JapanHigher Education Program (MJHEP); Malaysia Japanese Language Instructors Society (MAJLIS); Alumni of Look East Policy Student (ALEPS); Omoiyari Institute (OI); Keiken Talk (KT); Katana Circle (KC)dan Cakap Jepun,Michi Global Resource (CJ). 

Projek berkenaan bertujuan mempromosikan pemahaman lebih mendalammengenai nilai-nilai Jepun dan memperkenal dimensi baharu dalam DasarPandang Ke Timur.

“Kami cuba untuk mendekati khalayak yang lebih luas. Ini bagi membantu merekauntuk memahami sejarah hubungan antara Malaysia-Jepun,”katanya.

Beliau turut berkongsi kisah menarik di mana arwah bapa Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan bekas Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Prof Tan Sri Dzulkifli Abd Razak iaitu Datuk Abdul Razak Abdul Hamid, adalah penuntut Malaysia yang dihantar untuk melanjutkan pengajiank e Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua.

Tambah mengharukan, beliau adalah mangsa yang terselamat daripada kejadian letupan bom atom di Hiroshima. “Kami mahu orang ramai memahami sejarah dan sifat hubungan Malaysia-Jepun selepas sekian lama kita lebih fokus kepada sektor perindustrian.

“Kita masih mempunyai 1,400 syarikat Jepun di Malaysia. Ini menandakan mereka masih lagi relevan di dalam masyarakat tempatan,”katanya yang mengetuai projek MAJA Discourse ini.

MAJA Discourse terbahagi kepada tiga siri iaitu syarahan umum, dialog bersama pelajar dan persidangan akademik.

Dua program utama

Di bawah siri pertama, Dr Zoraida dan pasukannya menganjurkan syarahan mengenai Dasar Pandang ke Timur.

Siri itu yang berlangsung pada 27 Oktober lalu, membincangkan buku Kakehashi, iaitu memoir mengenai Profesor Diraja Ungku Aziz yang diterbitkan oleh Teikyo Universiti Group dengan kolaborasi USIM.

“Cakap Jepun iaitu satu organisasi yang ditubuhkan oleh sekumpulan juruteradan usahawan muda pula mengendalikan siri wawancara menerusi dalam talian dengan alumni bagi membincangkan perkara bertemakan Jepun seperti budaya perniagaan, pendidikan serta kebudayaan negara itu. 

“Dalam masyarakat Jepun, bahasa dan budaya adalah satu pakej yang hadir sekali. Ia seumpama anda tidak boleh mempunyai bekas tanpa penutupnya. “Sebab itulah ucapan seringkas selamat pagi iaitu ohaiyo gozaimas, bukan sekadar lafaz sahaja apabila memerlukan anda untuk turut tunduk sedikit dan ia sebenarnya satu daripada aspek budaya,” katanya.

Siri kedua MAJA Discourse pula menyasarkan penuntut institusi pengajian tinggi bagi menyedia dan membuka ruang untuk mereka berdialog dalam memahami sejarah hubungan Malaysia dan Jepun serta mempelajari amalan terbaik di sana.

Terdapat dua program utama dalam siri ini. Pertama, program direka khas untuk pelajar yang sedang mengikuti program persediaan ke universiti di Jepun dan
kedua syarahan umum yang terbuka kepada semua pelajar universiti serta kolej.

“Kami menganjurkan Education Camp pada 3 November yang direka khas untuk mereka yang akan melanjutkan pengajian ke Jepun. “Satu lagi forum terbuka kepada semua dianjurkan pada 24 November mengenai impak nilai-nilai Jepun ke atas kehidupan seseorang.

Antara panel adalah Muhd Zhariff Afandy,Mizz Nina dan seorang lagi penuntut Dasar Pandang keTimur yang kini bekerja dengan Dewan Bandaraya Murayama, Yamagata Prefecture.

“Saya amat menggalakkan pelajar menyahu tcabaran untuk pergi belajar ke Jepun kerana ia menghidangkan peluang yang terbuka luas kepada mereka,”katanya.

Galak hubungan dua negara

Sementara itu siri ketiga iaitu persidangan akademik akan diadakan pada 4 Disember ini di Hotel Le Meridien Putrajaya.

Ia menyasarkan ahli akademik, pembuat dasar dan pihak yang terbabit dalam menggalakkan hubungan Malaysia-Jepun.

Antara penceramah pada persidangan itu adalah Prof Tan Sri Dzulkifli dan Prof Hisao Takekuma dari Universiti Kyushu.

Dr Zoraida berharap projeki ni dapat meningkatkan pemahaman mengenai nilai dan budaya Jepun dalam kalangan rakyat Malaysia.

Beliau juga menghargai kerjasama dan sokongan penuh yang diberikan oleh Kerajaan Jepun kepada MAJA Discourse 2018.

“Adalah menjadi harapan kami agarperkongsianmerekayangmengamalkan nilai-nilai Jepun ini menjadi pembuka mata kepada masyarakat.

  “Ia adalah pendedahan yang baik selain menjadi titik permulaan kepada tetamu untuk merenung nilai-nilai positif ini dalam usaha membina masyarakat dan negara tercinta”katanya. Untuk maklumat lanjut mengenai MAJA Discourse 2018, sila lawati https://www.majadiscourse.com.

Source Berita Harian 30/11