الأخبار

الأخبار

Konvokesyen UIAM pada Mac tahun depan

Konvokesyen UIAM pada Mac tahun depan

التاريخ : 30 October 2020

المحرر : Roslan Bin Rusly

الفئة : News


Share


KUALA LUMPUR – Majlis Konvokesyen ke-36 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bakal diadakan pada 20 hingga 23 Mac 2021.

Seramai 4,225 graduan akan diraikan pada majlis konvokesyen tersebut yang akan berlangsung di Dewan Utama, Pusat Aktiviti Kebudayaan, UIAM Gombak, Selangor.

UIAM berkata, seramai 3,318 graduan akan menerima skrol Ijazah Sarjana Muda manakala 907 memperoleh Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang pengajian masing-masing membabitkan 17 Kulliyyah (Fakulti).

Majlis konvokesyen UIAM kebiasaannya diadakan pada bulan November setiap tahun namun pada tahun ini terpaksa ditangguhkan akibat penularan wabak pandemic Covid-19. – MalaysiaGazette

Source : https://malaysiagazette.com/20...