الأخبار

الأخبار

Ahli politik pembangkang diundang ke Universiti Awam

Ahli politik pembangkang diundang ke Universiti Awam

التاريخ : 30 November 2018

المحرر : Roslan Bin Rusly

الفئة : News


Share

Oleh Siti Nur Mas Erah Amran
cnews@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan mempelawa ahli politik pembangkang menyertai program wacana ilmiah anjuran universiti awam (UA).

Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata jemputan berkenaan adalah selaras dengan pembangunan Malaysia baharu, sekali gus menjadikan universiti sebagai medan intelektual terbuka.

“Kelmarin, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang buat pertama kalinya hadir untuk berpidato di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

“Semalam, Prof Madya Dr Azmi Sharom menghadiri program ilmiah yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Ini adalah dasar universiti awam tanpa sekatan dan diharapkan, PAS dan UMNO akan turut hadir.

“Kita buka ruang untuk perkembangan ini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Dua hari lalu, Abdul Hadi menyampaikan syarahan perdana bertajuk ‘Geopolitik Islam di Masa Depan’ di UIAM.

Aktivis sosial, Hishamuddin Rais turut hadir di UKM pada 20 November lalu untuk menyampaikan syarahan berhubung isu politik kontemporari di Malaysia.

Read more; https://www.bharian.com.my/ber...