الأخبار

الأخبار

Pendekatan hudud di Malaysia berbeza

Pendekatan hudud di Malaysia berbeza

التاريخ : 30 March 2019

المحرر : Roslan Bin Rusly

الفئة : News


Share

KUALA LUMPUR – Pendekatan pelaksanaan hudud di Malaysia tidak sama seperti Brunei berdasarkan kandungan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang dibawa Pas dulu.

Profesor Undang-Undang Uni-versiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, pendekatan di bawah RUU355 ialah mempertingkatkan hukuman sedia ada oleh mah-kamah syariah iaitu dari aspek hukum-an penjara, denda dan rotan.

“Jadi tidak timbul isu melaksanakan hukuman hudud seperti di Brunei di Malaysia. Dalam konteks hukuman hudud itu sendiri jika boleh dilaksanakan di Malaysia seperti di Brunei pada pandangan saya mungkin mempunyai pendekatan berbeza.

Misalnya ia hanya akan terpakai kepada orang Islam dan tidak kepada bukan Islam,” katanya.Sementara itu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla pula berkata, RUU355 masih belum diluluskan oleh kerajaan Malaysia.

“RUU355 masih belum diterima oleh kerajaan Malaysia, kalau dah teri-ma mungkin Malaysia boleh ikut jejak langkah Brunei.

“Jadi tidak relevan untuk bercakap soal Malaysia sedia untuk implemen-tasi hukuman rejam seperti di Brunei,” katanya.