الأخبار

الأخبار

Pengalaman tinggal sebumbung

Pengalaman tinggal sebumbung

التاريخ : 13 February 2019

المحرر : Roslan Bin Rusly

الفئة : News


Share

Berhasrat menyampaikan dakwah kepada penduduk setempat yang mempunyai bilangan penganut Islam minoriti iaitu sekitar10 peratus,program bersama masyarakat Orang Asli, Road Expedition for Educational Development (RED)Lemoi 6.0 di Pos Lemoi,Cameron Highlands,baru-baru ini dilihat sarat manfaat.


Program itu adalah projek tahunan yang dianjurkan Sekretariat Pertubuhan Kebajikan
Islam Malaysia(PERKIM) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),Gombak kali keenam tahun ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti bersama penduduk dikawasan itu.

Penyelaras Projek, Tuan Nuramirul Tuan Mahmud berkata, program yang disertai 60 mahasiswa UIAM itu adalah antara usaha memberi pendedahan kepada masyarakat Orang Asli berkenaan kehidupan dan suasana diluar kampung mereka.

 “Mahasiswa pula berpeluang belajar mengenali adat dan budaya penduduk kampung yang terdiri daripada suku kaum Semai.

“Masyarakat Orang Asli yang tinggal di Pos Lemoi berada jauh di kawasan pedalaman dan untuk mengakses ke sana hanya dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4X4) yang pastinya perjalanan untuk menemui mereka sangat mencabar.

“Kumpulan kami membawa pelbagai barangan sumbangan daripada orang ramai untuk diserahkan kepada mereka seperti makanan harian, set penjagaan diri dan pakaian terpakai tetapi masih elok untuk digunakan,” katanya.

Aktiviti berkenaan turut membawa mahasiswa dari universiti itu untuk menyelami jiwa kanak-kanak Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman tetapi mempunyai semangat yang kuat untuk menuntut ilmu kerana sanggup berjalan selama dua jam untuk tiba ke sekolah.

Tuan Nuramirul berkata, di kawasan berhampiran pos itu hanya terdapat sebuah sekolah kebangsaan saja iaitu Sekolah Kebangsaan Lemoi yang menjadi tempat kanak-kanak kampung itu belajar secara formal.

“Sekolah itu menjadi destinasi bagi kanakkanak di Pos Lemoi dan kampung yang berdekatan dengannya. Kami difahamkan, jarak perjalanan dari kampung berdekatan dengan sekolah mengambil masa dua jam melalui jalan hutan.

Mereka akan ditempatkan di asrama sekolah itu dan dibenarkan pulang ke rumah ibu bapa dua minggu sekali.

“Mengetahui perkara itu sudah semestinya memberi kesan yang mendalam kepada kami dan kanak-kanak Pos Lemoi juga antara yang menjadi tumpuan peserta untuk beramah mesra dan mengadakan aktiviti pendidikan untuk mereka.

“Bagi mendekatkan diri dengan masyarakat di kampung itu, kami ilmu kerana sanggup berjalan selama dua jam untuk tiba ke sekolah.

Para sukarelawan juga menjadi anak angkat kepada beberapa keluarga Orang Asli selama lima hari berada di kampung berkenaan. Pastinya pengalaman tinggal sebumbung  dengan mereka satu pengalaman yang menarik,” katanya.

Menariknya, program yang mendapat kerjasama Medical Relief Agency (MRA) Pahang itu antara lain turut mengadakan sesi pemeriksaan kesihatan kepada penduduk kampung dan ia mendapat sambutan menggalakkan.

Tidak sekadar itu, RED Lemoi 6.0 turut menjalin silaturahim dengan masyarakat Orang Asli melalui acara kenduri besar-besaran, ziarah dari rumah ke rumah, perkongsian berkenaan Islam dan hari kerjaya bersama anak muda.

Katanya, penganjuran projek itu memberi banyak manfaat kepada keduadua pihak kerana bukan sekadar dapat menyantuni adat, kepercayaan dan budaya masing-masing, malah mewujudkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat.

Source; Harian Metro