الأخبار

الأخبار

SIMBOLIK PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KEMPEN JALUR GEMILANG PERINGKAT UIAM DI PUSAT ASASI UIAM KAMPUS GAMBANG

SIMBOLIK PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KEMPEN JALUR GEMILANG PERINGKAT UIAM DI PUSAT ASASI UIAM KAMPUS GAMBANG

التاريخ : 04 August 2020

المحرر : syaukat

الفئة : News


Share

28 JULY 2020

SIMBOLIK PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KEMPEN JALUR GEMILANG PERINGKAT UIAM DI PUSAT ASASI UIAM KAMPUS GAMBANG


Majlis Simbolik Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020 peringkat UIAM berlangsung dengan penuh patriotik dan meriah dihadiri oleh kakitangan Pusat Asasi UIAM Kampus Gambang yang memenuhi dataran hadapan bangunan pentadbiran hari ini.

Detik bersejarah yang turut sama dihadiri oleh Dekan Pusat Asasi UIAM, Tuan Haji Murshid Kassim, diiringi oleh dua Timbalan Dekan, Izdihar Ishak dan Taifunisyam Taib, bermula dengan nyanyian lagu kebangsaan Negaraku diiringi upacara menaikkan Jalur Gemilang oleh anggota polis bantuan dari Pejabat  Pengurusan Keselamatan (OSeM) UIAM.

Seterusnya, majlis itu disempurnakan dengan pimpinan bacaan Ikrar Rukun Negara oleh kakitangan pentadbiran, Sheikh Zaid Haritsah Mohad Nasir diikuti oleh seluruh kakitangan yang hadir pada hari itu.

Majlis yang berlangsung selama lebih kurang 30 minit itu diakhiri dengan bacaan doa dan diikuti dengan sesi bergambar bersama semua para hadirin.

Majlis simbolik ini turut sama dilangsungkan secara serentak di kampus UIAM Gombak dan Kuantan yang bermula tepat pada pukul 9 pagi hari ini.