الأخبار

الأخبار

UIAM hargai kakitangan yang cemerlang dalam bidang sukan

UIAM hargai kakitangan yang cemerlang dalam bidang sukan

التاريخ : 13 March 2019

المحرر : Roslan Bin Rusly

الفئة : News


Share

GOMBAK - Pusat Pembangunan Sukan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menganjurkan Anugerah Sukan Kakitangan Universiti 2018 yang berlangsung di UIAM Kampus Gombak baru-baru ini.

Objektif penganjuran anugerah sukan ini ialah sebagai tanda menghargai jasa dan penat lelah kakitangan UIAM yang selama ini banyak memberikan sumbangan kepada pembangunan sukan universiti serta untuk memberikan anugerah pencapaian sukan sepanjang tahun 2018.

Selain itu juga, ia sebagai motivasi kepada para atlet universiti dalam kalangan kakitangan yang menyumbang pingat di beberapa temasya atau pertandingan sukan seperti Sukan Kakitangan Universiti Malaysia (SUKUM), Sukan Kakitangan Badan Berkanun (SUKANUN), Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) termasuk kejohanan sukan terbuka, jemputan dan yang dianjurkan oleh universiti sendiri.

Olahragawan 2018 Anugerah Sukan Kakitangan UIAM, Mohd Hanif Arkurni Abas.

Pada majlis tersebut, sebanyak 15 anugerah sukan utama pertandingkan antaranya Pasukan Lelaki dan Wanita Terbaik, Jurulatih Terbaik, Pengurus Pasukan Terbaik serta Olahragawan dan Olahragawati terbaik.




Menurut Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak berkata ini adalah salah satu inisiatif pusat sukan untuk menghargai para atlet dalam kalangan kakitangan Universiti.

"UIAM berasa amat bangga dengan pencapaian atlet dalam kalangan kakitangan. Dalam mereka sibuk dengan urusan kerja, mereka juga sanggup meluangkan masa untuk berlatih dan memberi komitmen yang sangat tinggi sehingga boleh menyumbang pingat untuk universiti dalam temasya sukan yang dianjurkan."

Kemuncak penganugerahan ini ialah apabila kakitangan yang aktif di dalam bidang sukan dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati.

Olahragawati 2018 Anugerah Sukan Kakitangan UIAM, Nurul Azamima Mohd Yusuf.

Olahragawan 2018 dinobatkan kepada kakitangan Pusat Asasi UIAM Kampus Gambang, Mohd Hanif Arkurni Abas manakala Olahragawati 2018 pula ialah kakitangan Pusat Pembangunan Sukan UIAM, Nurul Azamima Mohd Yusuf.




Turut hadir dan menyampaikan hadiah ialah Rektor UIAM, Professor Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Perhubungan Komuniti) UIAM, Prof. Madya Dr. Zulkifli Hassan dan Pengarah Eksekutif (Jabatan Pengurusan Perkhidmatan) UIAM, Dato’ Abdul Rahim Ahmad.