Events

Events

17
Aug
2018
 GARDEN OF KNOWLEDGE VIRTUAL RUN

GARDEN OF KNOWLEDGE VIRTUAL RUN

Start Date : 17 Aug 2018   End Date : 30 Sep 2018

Location : VIRTUAL RUN (anywhere)

Organizer : KESATU

Share

21KM VIRTUAL RUN

Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu,International Islamic University Malaysia (KESATU) adalah salah sebuah kesatuan sekerja yang ditubuhkan dibawah Akta Kesatuan Sekerja 1959, No. Pendaftaran 1039 dan telah secara rasminya bergabung didalam Kongress Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) direkodkan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan,Putrajaya(JHEKS) pada 5hb.April 2018 Bagi melahirkan masyarakat khususnya bagi kakitangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) agar menjalani kehidupan sihat dan cergas, dengan besar hati KESATU ingin menjemput anda semua menyertai Program Larian KESATU secara maya yang diberi nama “GARDEN OF KNOWLEDGE 21KM VIRTUAL RUN”.

Larian bertemakan moto UIAM ini juga memberi inspirasi kepada pelari dengan memilih misi “I AM BRILLIANT RUNNER” adalah bagi menghargai setiap peserta yang bijak memilih larian sebagai salah satu cara hidup yang sihat.

YA! ANDA MEMANG BIJAK!

KESATU juga ingin menjadikan program ini sebagai platform permulaan bagi perkenalkan Larian KESATU Kuantan sebagai program tahunan, menggalakkan setiap organisasi, komuniti dan masyarakat yang sihat dan sekaligus menanam minat secara sukalera dan bersantai dalam menjalani kehidupan yang sihat melalui larian.

Jom! Mulakan aktiviti larian sebagai cara hidup sihat dan menamatkan larian separuh marathon pertama 21km anda sebagai pencapaian peribadi terutama yang baru berjinak dengan dunia larian.


Pendaftaran boleh dilakukan di http://adhambikecentre.net/events/index.html

FAQ Virtual Run.docx

FinalKVR T&C