News

News

10 adik-beradik, 10 kesemuanya konvo UIAM... ini memang 'legend'!

10 adik-beradik, 10 kesemuanya konvo UIAM... ini memang 'legend'!

Date : 12 November 2018

Reported by : dsh

Category : News


Share

Hari graduasi sememangnya hari paling istimewa bagi seorang mahasiswa/siswi yang telah berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah untuk masa hadapan yang lebih cemerlang. Paling gembira, pastinya kedua ibu bapa yang berpeluang melihat kejayaan anaknya.

Kali ini, kisahnya lebih menarik. Aishah Fauzi, yang merupakan alumni Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) telah memuatnaik statusnya di Facebook pada tarikh 'cantik' ini, 11.11.2018. Menurutnya, mereka 10 beradik berjaya dikumpulkan dalam majlis konvokesyen adik bongsunya. Cantik sangat gambar mereka mengenakan robe yang sempat dirakamkan bersama kedua ibu bapa mereka. Ikuti perkongsiannya...

11.11.2018

Alhamdulillah, hari bahagia buat mak dan ayah!

Kami berjaya mengumpulkan 10 orang adik-beradik kami yang kesemuanya graduan UIAM dari Kota Bharu, Selangor, N9, Kuantan dan Kuala Lumpur untuk sama-sama turun dan memberi kenangan terindah buat mak dan ayah sempena majlis konvo adik bongsu kami yang ke-10.

Terima kasih buat mak (Hjh Wan Jamaliah bt Megat Hashim) dan ayah (Ir Haji Fauzi bin Abdullah) di atas tarbiyyah yang hebat buat kami. 10 kali mak ayah masuk Dewan Konvo UIA ditambah 4 kali lagi bila ada antara kami yang menyambung ijazah kedua dan master.

Dan 14 kali itulah dari tahun 2002 hingga 2018 mak dan ayah tetap hadir dengan jambangan bunga dan hadiah untuk kami. Terima kasih mak, terima kasih ayah, SYURGA BUATMU!

#Special thanks untuk ipar duai (yang mana 6 daripada 10 nya juga graduan UIAM) atas sokongan, dan super special thanks untuk kawan-kawan Bee yang telah meminjamkan robe kalian untuk kami. Sungguh ia sangat-sangat bermakna! Terima kasih yang tidak terhingga dari kami!

Terima kasih dari kami anak-anak mak dan ayah :

1) Anas bin Fauzi

Bachelor of Laws, 2002

2) Maryam bt Fauzi

Bachelor of Laws, 2003

Master in Comparative Laws, 2004

3) Asiah bt Fauzi

Bachelor of Human Science, 2004

Master in Human Science (Psychology), 2012

4) Sumayyah bt Fauzi

Bachelor of Laws, 2005

Master in Comparative Laws, 2009

5) Fatimah bt Fauzi

Bachelor Bio Chemical - Bio Technology Engineering, 2009

6) Muadz bin Fauzi

Bachelor of Information Technology, 2009

7) Aishah bt Fauzi

Bachelor of Laws, 2012

Bachelor of Laws (Shari’ah), 2013

8) Asma’ bt Fauzi Al-Hafizah

Bachelor of Mathematical Science, 2011

9) Dr Abdul Rahman bin Fauzi Al-Hafiz

Bachelor of Dentistry, 2015

10) Dr Abdullah bin Fauzi Al-Hafiz

Bachelor of Medicine & Surgery, 2018

Anda ada kisah menarik untuk dikongsikan? Emel ke kampusuols@gmail.com

Ikuti kami juga di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.

Kredit: FB Aishah Fauzi

Read more: https://kampusuols.com/article...