News
Kemangkatan Sultan Ahmad Shah satu kehilangan besar buat UIAM
Date : 22 May 2019
Reported by : Ariffin Kusetiawan Mukandar
Category : News
Tweet This
Seluruh warga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berdukacita dengan kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.
Almarhum Paduka adalah Ketua Perlembagaan yang pertama UIAM sejak penubuhan universiti itu pada tahun 1983.
Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak mewakili seluruh warga UIAM menzahirkan ucapan sembah takziah kepada keluarga Kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah.
Menurut beliau, Almarhum merupakan adalah tonggak utama UIAM sejak dari penubuhan universiti ini dan sesungguhnya kemangkatan baginda satu kehilangan yang amat besar untuk warga universiti ini.
Original post is available at https://malaysiagazette.com/bl...