News

News

Kementerian Kewangan setuju saranan baucar buku diteruskan

Kementerian Kewangan setuju saranan baucar buku diteruskan

Date : 11 November 2018

Reported by : Roslan Bin Rusly

Category : News


Share
Maszlee ketika hadir majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ke-34.

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan telah bersetuju dengan saranan supaya skim bantuan baucar buku bagi penuntut institut pengajian tinggi (IPT) diteruskan.

Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, perkara yang dipersetujui semasa mesyuarat Kabinet semalam itu turut mendapat sokongan daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Maszlee berkata, kementerian terbabit bersetuju untuk melihat cadangan itu yang bertujuan untuk membantu mengurangkan beban kewangan penuntut IPT.

"Saya telah membawa perkara ini dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung semalam iaitu mesyuarat pertama selepas Belanjawan 2019 dibentangkan pada 2 November lepas.

"Perdana Menteri juga telah melahirkan pandangan bahawa bantuan seperti skim berkenaan perlu diteruskan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Maszlee menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Kewangan dan sokongan Perdana Menteri dalam mempertimbangkan cadangan tersebut demi membantu penuntut IPT.

"Kami berharap akan ada berita menggembirakan dalam waktu terdekat berhubung cadangan ini," katanya.

Maszlee berkata, cadangan itu adalah selaras dengan janjinya dalam memastikan kebajikan penuntut IPT terbela. - Bernama


Read more;http://www.kosmo.com.my/terkin...

Soruce Kosmo Online