News

News

Keputusan PRU-14 tidak terjejas

Keputusan PRU-14 tidak terjejas

Date : 31 January 2019

Reported by : Roslan Bin Rusly

Category : News


Share

KUALA LUMPUR - Penubuhan tribunal untuk menyiasat salah laku Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan menjejaskan keputusan Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU-14) lalu kerana perkara itu tertakluk kepada kuasa Mahkamah Pilihan Raya.

Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Moeis Basri berkata, sebaliknya bidang kuasa tribunal hanya dikhaskan untuk menyiasat salah laku seseorang

dan jika disabitkan, mereka berdepan tindakan dibuang daripada badan tertentu.

Saya tidak faham apa tujuan tribunal itu ditubuhkan kerana kuasa badan itu sekadar untuk memecat individu dalam sesebuah badan atau organisasi seperti kes ini adalah dalam SPR," katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Penasihat Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berpendapat penubuhan tribunal tersebut adalah langkah awal untuk menyiasat salah laku lain pihak tertentu di bawah perundangan kesalahan jenayah.

"Bagaimanapun berdasarkan pandangan yang dianggap popular adalah jika ahli SPR telah meletak jawatan untuk kes tertentu, jadi tiada kes terhadap mereka dalam bidang kuasa tribunal," jelasnya.