News

News

 MENTERI PENDIDIKAN BERSAMA NAIB CANSELOR DAN TIMBALAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI AWAM

MENTERI PENDIDIKAN BERSAMA NAIB CANSELOR DAN TIMBALAN NAIB CANSELOR UNIVERSITI AWAM

Date : 06 December 2018

Reported by : Roslan Bin Rusly

Category : News


Share

Seramai 74 Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor Universiti Awam (UA) menyertai Program Libat Urus YB Menteri Pendidikan Bersama Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor UA di Putrajaya malam tadi.

Dalam ucapannya, YB Dr. Maszlee Malik berharap pertemuan kali ini akan menjadi wadah dalam memperkukuhkan jalinan kerjasama dan hubungan erat antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan pihak universiti dalam mencapai dasar pendidikan negara.

Antara perkara dikongsi termasuklah pindaan ke atas Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), di mana ia telah dibawa untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, semalam.

Selain itu, YB Dr. Maszlee turut berharap agar UA dapat memasarkan kecemerlangan dan kajian masing-masing untuk lebih dikenali di peringkat antarabangsa. Beliau turut berkongsi penganjuran Anugerah Akademik baru-baru ini.

YB Dr. Maszlee melahirkan harapan agar pendidikan tinggi negara akan menekankan aspek manusiawi yang meliputi kasih sayang, kebahagiaan dan saling hormat-menghormati.

"Pihak UA disaran mempergiatkan program-program kesukarelawanan dalam kalangan pelajar dan menyumbang semula kepada masyarakat dalam pelbagai medium", tambah beliau.

YB Dr. Maszlee turut mengadakan dialog dengan para hadirin. Ini kali pertama pertemuan informal bersama para Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor diadakan sejak beliau dilantik menerajui KPM. Beliau berharap untuk mengadakan lebih banyak sesi seumpama itu pada masa-masa akan datang.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPM, Dato' Dr. Mohd Gazali Abas; Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPM, Dato' Kamel Mohamad; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Dato' Azizan Mohamad Sidin dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Mohamad Azhan Md Amir dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir.

Source Facebook KPT