News

News

Pasukan Media ODRSDCE UIAM timba ilmu penggunaan sosial media dan penulisan berita

Pasukan Media ODRSDCE UIAM timba ilmu penggunaan sosial media dan penulisan berita

Date : 26 February 2019

Reported by : Roslan Bin Rusly

Category : News


Share

GOMBAK - Pasukan Media Pejabat Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti)(ODRSDCE) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Malaysia (UIAM) mengambil peluang menimba ilmu untuk mempelajari selok-belok penulisan berita yang berkesan dan penggunaan media sosial yang berlangsung di Dewan Serbaguna UIAM Kampus Gombak. 

Seramai 25 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar dari pelbagai jurusan hadir dan berminat untuk menyertai pasukan media ODRSDCE. 

Objektifnya adalah untuk membantu pihak ODRSDCE dalam membuat pelaporan berita setiap aktiviti pelajar yang dianjurkan. Selain itu juga, ia dapat membantu ODRSDCE mengetengahkan berita-berita berkenaan dengan pencapaian pelajar. 

Ini sedikit sebanyak membantu pihak universiti untuk mengetengahkan berita-berita pelajar kepada pihak media untuk diterbitkan dan melalui medium media sosial ODRSDCE dan Universiti. 

Oleh itu, satu bengkel telah pun dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada pelajar yang menyertai pasukan media ODRSDCE. 

Bengkel yang berlangsung sehari itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu penggunaan media sosial dan penulisan berita atau artikel. 

Pensyarah Bahasa dari Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik Pra-Universiti (CELPAD), Ahmad Ashaari Alias dan Dr. Siti Zubaidah Anuar menjadi panel pertama memberikan pendedahan kepada para pelajar hal berkaitan penggunaan media sosial serta penggunaan cara yang betul dari segi penyampaian sesuatu maklumat. 

Tekun mendengar penerangan tentang kaedah penghasilan berita.

Sementara untuk sesi penulisan berita dan artikel, Roslan Rusly dari Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi UIAM dijemput untuk memberikan pendedahan serta langkah-langkah yang betul dalam menghasilkan penulisan berita yang baik mengikut format dan supaya dapat memudahkan pembaca menerima maklumat yang disampaikan. 

Pelajar UIAM yang menjadi sukarelawan media tekun mempelajari selok-belok penulisan berita.

Menurut pegawai dari pejabat ODRSDCE, Mohd Khairul Abu Sufi, kewujudan pasukan media ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak universiti dalam menyalurkan berita-berita aktiviti pelajar di setiap kampus UIAM. 

    “Semua persatuan dan kelab pelajar banyak melakukan aktiviti seperti program khidmat masyarakat di kawasan kampung, pedalaman, penganjuran sukan dan menganjurkan majlis dan forum, namun dengan adanya pasukan ini akan memudahkan maklumat untuk dibuat hebahan” kata beliau. 

Sukarelawan UIAM daripada pelbagai jurusan hadir menyertai pasukan media ODRSDCE.
Ini bermakna, pelajar yang terlibat boleh menjadi duta kepada pejabat ODRSDCE untuk menyalurkan maklumat melalui saluran-saluran yang ada seperti sosial media dan laman sesawang. 

    “Oleh itu, pejabat ODRSDCE mengambil inisiatif untuk menubuhkan pasukan media ini supaya mereka dapat melaporkan berita-berita aktiviti yang dilakukan," ujarnya lagi.

Source;   https://kampusuols.com/article...