News
PELAJAR UIAM DINOBAT JUARA PERTANDINGAN MENCIPTA POSTER
Date : 01 December 2018
Reported by : Roslan Bin Rusly
Category : News
Tweet This
Shah Alam -Read@Uni yang dilancarkan ini adalah satu bentuk gerakan mempergiatkan aktiviti membaca dalam kalangan mahasiswa, pensyarah dan warga Institusi Pendidikan Tinggi.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia di Dewan Agong Tuanku Canselor, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Selain itu, program ini merupakan kesinambungan kepada kempen Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) yang diperkenalkan dalam melahirkan masyarakat berbudaya membaca dan berilmu bertaraf dunia.
Dengan slogan "With Knowledge We Lead", program ini diyakini akan dapat menyemarakkan lagi pembacaan dalam kalangan kumpulan sasaran.
YB Dr Maszlee dalam ucapannya berkata, "menjadi harapan saya, semua Universiti Awam dan swasta melalui perpustakaan masing-masing perlu menjadi ejen penggerak bagi menyemarakkan lagi kempen membaca di institusi masing-masing dan membantu menyokong aspirasi mewujudkan DMK.
Turut hadir YBhg. Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi dan Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hassan Said, Naib Canselor UiTM.
Dalam masa yang sama turut di adakan majlis penyampaian hadiah kepada peserta yang menyertai PERTANDINGAN MENCIPTA POSTER READ@UNI.
Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) dari Kulliyyah Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar(KAED) pelajar tahun tiga, Wan Muhammad Hafizi Wan Mansor telah nobatkan sebagai Pemenang Utama pertandingan mencipta poster tersebut.
Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM 1,500.00, trofi dan sijil.