News
Raja Permaisuri Agong dimasyhur Ketua Perlembagaan UIAM
Date : 22 November 2019
Reported by : Roslan Bin Rusly
Category : News
Tweet This
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini dimasyhurkan sebagai Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Watikah pemasyhuran dibaca dan dipersembahkan kepada baginda oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena majlis konvokesyen ke-35 UIAM yang dijadualkan esok.
“Semoga Allah memberikan Seri Paduka Baginda segala kemudahan, keberanian dan kekuatan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,” titah Yang di-Pertuan Agong.
Menurut Perkara 23 (1) Perlembagaan UIAM, Ketua Perlembagaan universiti itu hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. - BERNAMA