News

News

Sambutan 1 Syawal ubat kerinduan mahasiswa antarabangsa UIAM

Sambutan 1 Syawal ubat kerinduan mahasiswa antarabangsa UIAM

Date : 13 June 2019

Reported by : Roslan Bin Rusly

Category : News


Share

ROSLAN RUSLY, UIAM
GOMBAK - Kerinduan 250 mahasiswa antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terhadap keluarga masing-masing pada Hari Raya Aidilfitri terubat apabila UIAM meraikan mereka pada sambutan hari raya yang berlangsung di Dewan Utama,Wadi Budi UIAM Kampus Gombak.

Sambutan hari raya mahasiswa antarabangsa ini adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Pejabat Antarabangsa UIAM.

Para penuntut yang terdiri daripada pelbagai bidang jurusan itu adalah dari 35 negara meliputi Turki, Arab Saudi, Bangladesh, China dan beberapa negara Afrika.

Pada majlis sambutan tersebut, mereka disajikan dengan hidangan dari Malaysia dan beberapa juadah negara mereka.

Mahasiswa antarabangsa ini juga diberi peluang menyampaikan ucapan hari raya dalam bahasa ibunda masing-masing.

Menurut Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak ketika ditemui, beliau berkata, kampus ini dianggap sebagai rumah kedua bagi para mahasiswa antarabangsa dan penganjuran program itu sedikit sebanyak menghilangkan kerinduan terhadap keluarga dan kampung halaman.

"Kami di sini boleh dianggap sebagai ibu bapa kerana keluarga mereka berada di kejauhan, pihak universiti sentiasa prihatin terhadap kebajikan mereka di sini," katanya.

Turut hadir meraikan sambutan itu adalah Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak dan Timbalan-timbalan Rektor UIAM.

Source : https://kampusuols.com/article...