News

News

UIAM melawat ke Sinar Harian dan Kampus Uols

UIAM melawat ke Sinar Harian dan Kampus Uols

Date : 12 April 2019

Reported by : Roslan Bin Rusly

Category : News


Share

SHAH ALAM - Mahasiswa serta pensyarah Bahasa Melayu Untuk Komunikasi, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) mengadakan lawatan ke Kumpulan Media Karangkraf ini bertujuan memberi pendedahan tentang gerak kerja dunia pekerjaan mengenai produk yang dihasilkan oleh syarikat ini.

Pensyarah UIAM, Mohamad Zuber Ismail berkata, seramai 30 orang mahasiswa terdiri daripada 27 orang pelajar perempuan dan tiga orang pelajar lelaki hadir bagi lawatan sambil belajar ini.

    "Tujuan kami datang ke Karangkraf adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai dunia kerjaya dan melihat potensi syarikat ini," katanya.

Pelajar Bahasa Melayu Untuk Komunikasi Antarabangsa, UIAM.
Sementara itu, mahasiswa yang hadir bagi lawatan ini juga diberi taklimat ringkas oleh Editor Kampus Uols, Noor Fazidah Umar mengenai portal dan Kampus Uols, Sinar Harian berkaitan dengan aktiviti di universiti.
Mohamad Zuber (kiri) Fareez Adli (kanan).
Bagi pelajar Bahasa Melayu Untuk Komunikasi Antarabangsa, Muhammad Fareez Adli Zakaria, 20, mendapat input mengenai organisasi Karangkraf.

    "Semasa lawatan ini, saya mendapat banyak input mengenai bagaimana organisasi Kumpulan Media Karangkraf ini berfungsi dalam menerbitkan buku, surat khabar, dan cara syarikat ini memproses buku, serta mengetahui gerak kerja organisasi ini," katanya.

    "Sebelum saya datang ke sini, saya kurang tahu mengenai Karangkraf ini, namun selepas mendengar taklimat saya telah mendapat tahu mengenai anak syarikat dan Kampus Uols," tambahnya.


Source ;https://kampusuols.com/article...