Berita

Berita

Bantuan untuk beli alat bantuan pernafasan

Bantuan untuk beli alat bantuan pernafasan

Tarikh : 05 April 2020

Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly

Kategori : News


Share

PUSAT Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUMMC) Kuantan menerima sumbangan dana sebanyak RM150,000 daripada Yayasan Wakaf Antarabangsa Khadijah (KIWF) bagi membeli alat bantuan pernafasan.

Pengarah IIUMMC, Prof Datuk Dr Mohamed Saufi Awang berkata, alat bantuan pernafasan itu untuk kegunaan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan berkenaan.

“Dana yang diberikan untuk membeli alat bantuan pernafasan itu sangat tepat pada masanya kerana ia memberi manfaat yang besar kepada pesakit,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan dana berkenaan daripada Pengarah KIWF Rohani Datuk Mohd Shahir.

Pada program itu, KIWF turut menyumbangkan sebanyak 350 botol cecair pencuci tangan dan 2,500 penutup mulut dan hidung untuk kegunaan petugas kesihatan.

Dr Mohamed Saufi berkata, KIWF adalah badan wakaf amal yang ditubuhkan di bawah Seksyen 107 Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010.

Beliau berkata, pihaknya banyak menyalurkan dana wakaf hasil sumbangan pihak yang bermurah hati kepada golongan memerlukan.

Source : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/562657/bantuan-untuk-beli-alat-bantuan-pernafasan