Berita

Berita

Cadangan nama presiden UIAM baharu dikemukakan kepada PM, Sultan Pahang

Cadangan nama presiden UIAM baharu dikemukakan kepada PM, Sultan Pahang

Tarikh : 11 January 2019

Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly

Kategori : News


Share

KUALA LUMPUR,  (Bernama) -- Kementerian Pendidikan telah

mengemukakan cadangan beberapa nama bagi mengisi jawatan Presiden
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang baharu kepada Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pejabat Komunikasi, Advokasi
dan Promosi UIAM dalam kenyataan berkata Dr Mahathir telah menyerahkan
nama-nama itu kepada Ketua Perlembagaan UIAM, Sultan Pahang, Sultan
Ahmad Shah bagi mendapat perkenan baginda.

"Ia selaras dengan
peruntukan 25 (1A) Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(Pindaan 2018). Pihak universiti akan membuat kenyataan rasmi mengenai
pelantikan Presiden UIAM ke-8 yang baharu selepas mendapat perkenan Duli
Yang Maha Mulia Tuanku," menurut kenyataan itu, di sini, hari ini.

Pada 6 Jan lepas, Bernama melaporkan bahawa Menteri Pendidikan Dr
Maszlee Malik mengesahkan beliau tidak lagi memegang jawatan sebagai
Presiden UIAM dengan tempoh pelantikan beliau sepatutnya berakhir pada
tahun 2021.

-- BERNAMA