Berita

Berita

Dapat peluang jadi doktor

Dapat peluang jadi doktor

Tarikh : 04 April 2019

Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly

Kategori : News


Share

*Pelajar miskin cemerlang SPM ditawar UIAM

Meskipun impian melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan diluar negara tidak kesampaian kerana faktor kewangan, pelajar cemerlang 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018, Abdul Manaf Abdul Aziz bersyukur kerana ditawarkan tempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Tawaran itu disampaikan Pengarah UIAM Kampus Kuantan, Profesor Dr Kamaruzaman Yunus yang berkunjung ke rumah pelajar berusia 18tahun itu di Kampung Temai Tengah di sini, semalam.

“Impian saya ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara,namun atas faktor kewangan keluarga dan nasihat daripada beberapa pihak, saya terpaksa batalkan hasrat itu.

“Namun, saya bersyukur dan terharu apabila diterima masuk ke UIAM. Ini peluang keemasan buat saya kerana impian untuk menjadi doktor satu hari nanti diharap menjadi kenyataan,” katanya . 

Walaupun pada dasarnya sudah mendapat tempat di UIAM, Abdul Manaf berkata, dia tetap perlu menunggu keputusan permohonan daripada Bahagian Kemasukan Pelajar (UPU) bulan depan sebagai syarat masuk ke pusat pengajian tinggi.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan UIAM yang menawarkan tempat kepada pelajar miskin seperti saya dalam bidang yang saya minati.

“Impian saya untuk menjadi doktor saraf dan otak satu hari nanti diharap menjadi kenyataan. Saya berharap semua pihak mendoakan kejayaan anak-anak miskin yang serba ke kurangan seperti saya,” katanya .

Sebelum ini, akhbar me nyiarkan kisah bekas pelajar Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH) Pekan itu yang menunggu keputusan permohonan biasiswa beberapa agensi kerajaan dan swasta untuk membolehkannya menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Sementara itu, Dr Kamaruzaman berkata, walaupun pihaknya menawarkan tempat kepada Abdul Manaf, pelajar terbabit perlu menunggu keputusan UPU yang akan dikeluarkan. Katanya, keputusan cemerlang 10A yang diperoleh sudah membuka peluang yang cerah untuk Abdul Manaf diterima masuk UIAM .

“Saya yakin permohonan dia untuk menyambung pengajian ke UIAM akan diterima. Justeru, kami mengambil keputusan untuk menyerahkan borang tawaran bersyarat kepadanya . “Kami akan membantu sepanjang pengajian bagi memastikan dia tidak berhadapan masalah kewangan ,”katanya.

Beliau berkata, A bdul Manaf akan ditawarkan tempat dalam program asasi di Pusat Asasi UIAM kampus Gambang, Kuantan selama setahun sebelum layak ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti itu.

Source; Akhbar Harian Metro