Berita

Berita

Kepulangan Yang Dinanti - Iklan Raya UIAM 2020

Kepulangan Yang Dinanti - Iklan Raya UIAM 2020

Tarikh : 21 May 2020

Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly

Kategori : News


Share


Sesungguhnya Syawal tahun ini amat berbeza untuk Anwar. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, Anwar langsung tidak berkesempatan untuk pulang ke kampung halaman. Perasaan rindu kepada keluarga dan kampung halaman semakin kuat apabila tempoh PKP telah memasuki bulan Ramadan.

Hanya penggunaan teknologi yang serba sedikit mengubat rindu di hati, sementara selebihnya hanyalah debaran yang semakin memuncak akan menunggu khabar berita mengenai para pelajar dibenarkan untuk pulang ke kampung halaman atau sebaliknya.

Allah Maha Mengetahui. Alangkah seronoknya Anwar apabila kerajaan mengumumkan bahawa para pelajar dibenarkan pulang ke kampung halaman untuk berhari raya. Walaupun perlu patuh kepada SOP yang telah ditetapkan, Anwar memandang ia sebagai satu tanggungjawab dalam menerapkan norma baharu.

Kepada Mama dan Ayah Anwar, semestinya ia KEPULANGAN YANG DINANTI

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM)