Berita

Berita

Media Prima-NSTP sumbang RM412,350 tabung Rohingya

Media Prima-NSTP sumbang RM412,350 tabung Rohingya

Tarikh : 08 January 2019

Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly

Kategori : News


Share

Gombak : Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP (Media Prima-NSTP Humanitarian Fund) menyerahkan sumbangan berjumlah RM412,350 menerusi Tabung Kemanusiaan Rohingya Media Prima kepada Mercy Malaysia.

Dana berkenaan akan digunakan untuk menampung kos bantuan kesihatan dan perubatan di Rakhine, Myanmar . Replika cek diserahkan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan kepada Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus.

Penyerahan cek berkenaan pada Majlis Penutupan Makmal Kemanusiaan 2 .0 Mercy Malaysia di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini,  disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mohamed Jawhar berkata, Media Prima menyatakan penghargaan setulus ikhlas kepada semua pihak yang menyumbang kepada tabung berkenaan dan menunjukkan keprihatinan terhadap nasib pelarian etnik Rohingya.

“Sejak dilancarkan pada November 2016, Tabung Kemanusiaan Rohingya Media Prima berjaya mengumpul RM761 juta dan sudah diserahkan kepada pihak yang membantu pelarian Rohingya .

“Sepanjang tabung itu ditubuhkan, Media Prima menggunakan semua platform media yang ada dalam meningkatkan kesedaran dan menunjukkan keprihatinan terhadap nasib yang menimpa rakyat Rohingya.

“Media Prima juga ingin mengucapkan terima kasih kepadamereka yang sudah memberikan sumbangan menerusi tabungi tu,” katanya.

Sementara itu, Dr Ahmad Faizal berkata, makmal kali ini menumpukan kepada tiga masalahp aling k ritikal yang memberi impak terbesar kepada etnik Rohingya
di Malaysia iaitu dokumentasi dan ratifikasi, kesihatan serta pendidikan.

“Menerusi makmal itu juga, satu resolusi menggabungkan pendapat, pengalaman dan nasihat daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk penyelidik, pensyarah, agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dicapai diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri,”katanya .