Berita

Berita

Congratulations Dr. Ibrahim Abu Bakar for The Hard Work That Finally Pays Off!

Congratulations Dr. Ibrahim Abu Bakar for The Hard Work That Finally Pays Off!

Tarikh : 08 March 2019

Dilaporkan Oleh : Arshad sideek

Kategori : News


Share

Dengan hasrat memberi pilihan makanan berkhasiat kepada masyarakat, sekumpulan penyelidik universiti tempatan di Kuantan berjaya menghasilkan daging burger berasaskan nangka. Ia terhasil dari penyelidikan yang dijalankan pakar penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Ibrahim Abu Bakar pada tahun 2013 dan telah melalui proses penyelidikan RND selama beberapa tahun. Pemilihan buan nangka muda berbanding buah-buahan yang lain adalah kerana rasanya seakan ayam yang dicarik dan boleh berfungsi sebagai pengganti daging. Penghasilan kepingan burger ini menggunakan nisbah 70% buah nangka muda dan 30% cendawan atau ayam atau daging lembu bagi memberi pilihan pada penggemar burger.

“Banyak percubaan dilakukan... berpuluh-puluh formulasi dilakukan dan akhirnya kami mendapati formula 70:30 amat sesuai. 70% adalah nangka dan sayur-sayuran, dan hanya 30% sama ada cendawan yang menghasilkan burger sayuran 100%, ataupun 70% sayur-sayuran (dan) 30% ayam, ataupun 70% sayur-sayuran dan 30% daging”, kata beliau.

Nangka muda yang berusia sebulan mempunyai ciri2 fizikal yang hampir serupa seperti daging biasa, mengandungi serat dan air yg tinggi serta rendah lemak selain lembut, mudah dikunyah, dan sesuai untuk semua pengguna termasuk kanak-kanak. Nangka turut mengandungi vitamin C dan A, kalium, kalsium dan besi yang berkaitan dengan pencegahan penyakit dan juga penghapusan kadmium, sejenis logam berat. Kepingan burger ini mengandungi serat yang tinggi bertekstur lembut dan tidak mengandungi pengawet, sekali gus boleh menjadi pengganti makanan segera lain.

“Dan apabila dia makan burger ini... burger yang mengandungi serat tinggi ataupun sayur-sayuran, dia akan kenyang sebab kami akan membuat satu formula mengikut konsep pemakanan sihat iaitu suku-suku-separuh; yang mengandungi suku sayur-sayuran, suku buah-buahan, dan juga separuh lagi adalah bijiran-bijiran yang terdiri daripada roti”, terang beliau.

Burger nangka ini juga mendapat pengesahan sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan turut mendapat kelulusan skim pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). Ia turut memenangi beberapa pingat emas dalam pameran International Invention, Innovation & Technology (ITEX) pada tahun 2013 dan Malaysia Technology Expo 2019. Terkini, penyelidik UIA ini sedang mencari formula daging burger yang akan disesuaikan dengan cita rasa masyarakat Jepun sebagai penyediaan permintaan membekalkan burger ke sukan Olimpik Jepun 2020.


Source: Astro Awani