Berita

Berita

Rapat jurang golongan kaya,miskin.

Rapat jurang golongan kaya,miskin.

Tarikh : 23 October 2018

Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly

Kategori : News


Share

Kuala Lumpur - - Keusahawanan sosial (Social Entrepreneurship) berperanan membantu merapatkan jurang pendapatan di antara golongan kaya dan miskin di bandar dan di luar bandar.

Pengerusi Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF), Tun Musa Hitam berkata, usahawan sosial tidak seharusnya mengharapkan bantuan kerajaan, mereka boleh bekerjasama dengan pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam melaksanakan projek yang akan memberi manfaat kepada masyarakat terutamanya golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

"Keusahawanan sosial mampu menyelesaikan masalah sosial dan seterusnya ia dapat raengurangkan jurang pendapatan rakyat Malaysia kerana kemiskinan antara penyumbang kepada masalah sosial ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan kerana ia memerlukan semangat kesukarelawan yang tinggi kerana tiada insentif disediakan dalam bidang ini (keusahawanan sosial)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada forum keusahawanan Social Enterprise: Empowering the Future anjuran Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi dan WIEF dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini semalam.

Forum itu dirasmikan Timbalan Rektor UIAM (Akademik dan Jaringan Industri) Prof. Dr.

Isarji Sarudin dan Pengarah AKEPT Prof. Datuk Dr. Rohana Yusof. Forum tersebut disertai 37 pakar dari 11 negara. Ia memberi tumpuan terhadap dialog dalam sektor keusahawanan sosial dan kesannya terhadap ekonomi dunia semasa selain bertujuan mengukuhkan jaringan antara industri dan universiti.

Selain itu, Musa menjelaskan, apabila sesebuah organisasi melaksanakan keusahawanan sosial maka sebahagian daripada keuntungannya akan disalurkan kepada masyarakat dalam pelbagai kaedah antaranya pendidikan, perkongsian pengetahuan dan kemahiran.

Pada masa sama, ia akan membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak pada masa hadapan, katanya. "Berdasarkan tinjauan dalam talian yang dijalankan Yayasan Thomson Reuters pada 2016, Malaysia menduduki tempat kesembilan sebagai lokasi terbaik bagi usahawan sosial, (ini) meletakkan Malaysia dalam kedudukan tidak jauh dari Amerika Syarikat yang menduduki tempat pertama, Kanada (tempat kedua) dan United Kingdom (tempat ketiga)," terang Musa. - Bernama