Berita

Berita

TAHNIAH PARA PEMENANG E-TERAPAN

TAHNIAH PARA PEMENANG E-TERAPAN

Tarikh : 01 December 2020

Dilaporkan Oleh : Mohamad Hazim Bin Selamat

Kategori : News


Share


Pertandingan yang berlangsung selama lima (5) hari bermula 16 hingga 20 November 2020 menyaksikan Emmeldha Jassieda Anak Jackson dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas dinobatkan sebagai Juara temasya ini bagi kategori tempatan serta saudara Lukfee Mahasee dari Yala Rajabhat University, Thailand turut menyandang gelaran yang sama bagi kategori Antarabangsa. Tema yang diketengahkan ialah isu-isu semasa dan dilihat bertepatan dengan fenomena yang berlaku kini. 

Justeru, pertandingan seperti ini diharapkan mampu menjadi usaha murni dalam memartabatkan seni warisan berpantun bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua para pemenang E-TERAPAN!