Berita

Berita

UIAM rangkul empat Anugerah Buku Negara 2019

UIAM rangkul empat Anugerah Buku Negara 2019

Tarikh : 03 April 2019

Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly

Kategori : News


Share

KUALA LUMPUR - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menerima empat buah Anugerah penerbitan buku di Anugerah Buku Negara 2019 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, di sini hari ini.

  Salah sebuah buku menerima Anugerah Buku Negara untuk kategori Perdana bagi buku yang dihasilkan oleh Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Prof. Dr. Rosnani Hashim yang berjudul 'Pentafsiran Baharu Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pasca 2020'.

Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak menerima Anugerah Perdana untuk buku yang dihasilkan oleh beliau bersama Prof. Dr. Rosnani Hashim.

  Manakala tiga lagi anugerah dimenangi mengikut kategori masing-masing. Antara buku-buku yang menerima anugerah ialah ‘Maqasid Al-Shariah’ bagi kategori Perniagaan dan Ekonomi (Ilmiah) Terbaik yang ditulis oleh Abdul Ghafar Ismail, Salman Sayed Ali dan Achmad Tohirin.

  Buku yang berjudul The Law on Domestic Violence in Malaysia yang dihasilkan oleh Daleleer Kaur Randawar dan Najibah Mohd Zin pula untuk kategori Sains Sosial Terbaik.


  Manakala untuk kategori Buku Mewah Terbaik pula diterima melalui penerbitan buku yang yang bertajuk Through The Years”The Debate Legacy of IIUM.

Penerima Anugerah Buku Kebangsaan mengikut kategori masing-masing.Kesemua buku yang dimenangi diterbitkan oleh Penerbit IIUM Press. 

Menurut Rektor UIAM ketika ditemui berkata, dengan adanya penghargaan sebegini ia sedikit sebanyak dapat memberikan semangat kepada penerbit-penerbit buku untuk melahirkan lebih banyak buku yang berkualiti dan dalam masa akan memotivasikan para penyelidik dan pensyarah untuk menulis buku. 

“Apa yang dapat dilihat ialah dengan adanya anugerah sebegini, ia memberi peluang kepada pemain industri iaitu penerbit dan penulis untuk sama-sama bergiat aktif dalam industri penerbitan buku ini dan secara tidak langsung kepada UIAM yang akan melahirkan lebih ramai lagi penulis dalam kalangan pensyarah serta dapat membantu memberi manfaat kepada rakyat Malaysia secara khususnya dan serata dunia secara amnya," katanya.

  Anugerah Buku Negara ini dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara diadakan bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang berlangsung selama dua minggu bermula 29 Mac hingga 7 April 2019.

Source; https://kampusuols.com/article...