Berita

Berita

UIAM TERIMA GERAN KEBUDAYAAN JEPUN

UIAM TERIMA GERAN KEBUDAYAAN JEPUN

Tarikh : 25 March 2019

Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly

Kategori : News


Share

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bersama Kedutaan Besar Jepun ke Malaysia menandatangani kontrak Geran Kebudayaan Jepun bagi menjalankan penyelidikan dan pendidikan terhadap pemahaman serta pertukaran budaya. 

  Geran bernilai AS$26,784 (RM107,698) diberikan kepada Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan (KLM) UIAM Kampus Pagoh, Muar, Johor untuk mempromosikan pengajian perancangan pelancongan serta kepelbagaian bahasa dengan bahasa Jepun sebagai antara cabang bahasa yang ditawarkan dalam salah satu bidang pengajian.

  Terdahulu Duta Besar Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa yang juga Ahli Lembaga Gabenor UIAM hadir bersama- sama wakil Kedutaan Jepun, Simon Kubota, menandatangani perjanjian bagi pihak Kedutaan Jepun.  

 Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak dan Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Hubungan Industri, Prof Dr Isarji Sarudin pula menandatangani perjanjian itu bagi pihak UIAM.  

 Dzulkifli berkata, bantuan geran kebudayaan itu diberikan oleh kerajaan Jepun  menyokong pelaksanaan projek pendidikan kebudayaan dan pendidikan tinggi yang dijalankan oleh organisasi bukan kerajaan (NGO), pihak berkuasa tempatan, kumpulan penyelidikan serta institusi pengajian tinggi yang aktif pada peringkat akar umbi di negara membangun. 

  “Selain itu, melalui geran berkenaan ia dapat mengukuhkan lagi kerjasama antara Jepun dengan negara lain dalam usaha mencapai pemahaman dan pertukaran  budaya,” katanya.   Menurutnya, dana geran  itu diberikan selepas permohonan dipilih dan melalui proses penilaian oleh Kerajaan Jepun.

Source; Harian Metro