Berita

Berita

UIAM ungguli Debat Diraja IPT 2019

UIAM ungguli Debat Diraja IPT 2019

Tarikh : 10 September 2019

Dilaporkan Oleh : Roslan Bin Rusly

Kategori : News


Share

ARAU, 9 Sept -- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengungguli Pertandingan Debat Diraja Antara Institusi Pendidikan Tinggi(IPT) 2019 dalam kedua-dua kategori Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang berlangsung di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Pauh Putra Ahad malam.

UIAM mengulangi kejayaan itu selepas memenangi kedua-dua kategori pada 2007.

Bagi kategori Bahasa Malaysia, pendebat UIAM menewaskan pasukan dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dengan usul 'Demi Perkara 152, Dewan Ini Akan Memberi Mandat Penguatkuasaan'.

Untuk kategori Bahasa Inggeris, UIAM menewaskan pasukan Universiti Malaya (UM) dengan usul 'This House Prefers a Malaysia with a Singular National Identity as
Opposed to a Multicultural Identity'.

UIAM membawa pulang hadiah wang tunai, trofi, dan piala pusingan.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Tuanku Canselor UniMAP berkenan mengurniakan hadiah kepada pemenang pertandingan yang berlangsung dari 5 hingga 8 Sept melibatkan 24 universiti itu.

Tuanku Syed Faizuddin ketika bertitah mahu supaya aura debat dimiliki pelajar bagi membolehkan percambahan idea baharu dalam kalangan generasi muda ke arah memantapkan pelbagai aspek seperti kekeluargaan, pendidikan, pekerjaan dan daya saing negara.

-- BERNAMA

Source; http://www.bernama.com/bm/news...