Latar Belakang Universiti

Latar Belakang Universiti

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) ditubuhkan hasil daripada aspirasi para sarjana Islam di Malaysia untuk mewujudkan sebuah universiti Islam di Malaysia yang bakal menerajui umat Islam dalam semua bidang keilmuan. Cadangan penubuhan IIUM telah dikemukankan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia Keempat pada 12hb Januari 1982. IIUM ditubuhkan secara rasmi pada 20hb Mei 1983 oleh kerajaan Malaysia. Falsafah IIUM diinspirasikan daripada rumusan yang dicapai pada Persidangan Pendidikan Islam Antarabangsa yang Pertama yang telah berlangsung di Mekah pada tahun 1977. 

IIUM diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 yang membolehkan penggunaan Bahasa Inggeris dan Arab sebagai bahasa penghantar yang telah meningkatkan orientasi global Universiti. IIUM mengintegrasikan nilai-nilai dan sudut pandang Islam ke dalam pelbagai bidang pengajian yang meliputi bidang kemanusiaan, saintifik dan teknikal sesuai dengan slogannya sebagai sebuah “Taman Ilmu dan Budi”. Ciri-ciri unik ini tersirat dalam falsafah dan logo IIUM. IIUM berhasrat untuk mengangkat kembali umat Islam sebagai peneraju di dalam bidang penerokaan dan penghasilan ilmu dan seterusnya menyumbang ke arah penambahbaikan kualiti kehidupan manusia seluruhnya. 

Sesuai dengan status Universiti Penyelidikan Islam Antarabangsa Terulung yang dianugerahkan oleh ISESCO pada 17 Desember 2014, IIUM menyediakan persekitaran pembelajaran yang komprehensif dan menyeluruh bagi membolehkan penyelidikan bertaraf tinggi dilaksanakan. Kualiti pembelajaran, ilmu perbandingan dan persekitaran penyelidikan sebegini menjadi faktor utama kejayaan IIUM menarik ramai ahli akademik yang berbakat menyertainya lantas menjadikannya terkemuka. IIUM menawarkan pelbagai program pasca ijazah, professional dan latihan kepimpinan terutamanya dalam bidang pengkhususannya (niche) iaitu perkhidmatan dan produk-produk yang berlandaskan prinsip-prinsip Islam. Pada tahun 2015, IIUM telah diiktiraf sebagai pelopor dalam dalam  bidang Perbankan dan Kewangan Islam dunia dan menjadi pusat rujukan dunia dalam bidang tersebut.

Demi   mengekalkan   mutu   pendidikan   yang berkualiti tinggi, IIUM memastikan para pegawai tadbir dan akademik adalah dari kalangan yang berpengalaman dan komited. Setakat Oktober 2015, IIUM mempunyai seramai 200 pekerja pentadbiran dan 1980 ahli akademik. 80% daripada jumlah keseluruhan ahli akademik di universiti ini mempunyai kelayakan doktor falsafah.  Sebahagian mereka telah mempunyai pengalaman mengajar yang luas sebelum menyertai  IIUM. Terdapat 14 fakulti, tiga institut dan sebuah Pusat Pembelajaran Berterusan dan Latihan Strategik.

Selain daripada kecemerlangan akademik, IIUM turut mempastikan para pelajarnya dilatih untuk menjadi individu yang memiliki tahap profesionalisma yang tinggi, bertanggungjawab, beretika, berakhlak, serta dilengkapi dengan kemahiran memimpin, mengurus dan keusahawanan serta pembelajaran sepanjang hayat.  IIUM sangat menekankan pembinaan budi (akhlak yang baik) sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran untuk mempastikan pelajar memiliki sahsiah yang baik. Usaha ini adalah selari dengan ajaran Islam yang menekankan kepada pembinaan akhlak yang mulia.

IIUM kini telah mendapat pengiktirafan dalam bidang debat sebagai 10 kumpulan debat university terbaik dunia. Ahli Pasukan Debat IIUM telah menerima Anugerah sebagai Pendebat Terbaik Asia. Ahli Pasukan debat IIUM meneruskan kecemerlangan apabila turut memenangi anugerah Pendebat Terbaik di Cambridge. Sementara pasukan Debat Bahasa Melayu IIUM telah menjuarai pertandingan Environmental Debate sebanyak tiga tahun berturut-turut.  Pasukan debat bahasa Arab IIUM pula tidak ketinggalan memenangi anugerah sebagai juara dalam beberapa siri pertandingan debat, pengucapan awam, hafazan quran dan tilawah al-Quran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kampus IIUM terletak di beberapa buah negeri di Malaysia, di mana setiap satu kampus menyediakan bidang pengajian yang berbeza. Kampus Gombak yang terletak berhampiran Kuala Lumpur menempatkan pusat pentadbiran utama Universiti dan juga Kulliyyah (fakulti) Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Ekonomi dan Sains Pengurusan, Ilmu Wahyu Islam dan Sains Kemanusiaan, Seni Bina dan Rekabentuk Alam Sekitar, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kejuruteraan, Pendidikan dan Pengurusan Bahasa. Kampus IIUM menawarkan pelbagai kemudahan yang lengkap seperti kolam renang bersaiz Olimpik, perpustakaan yang dilengkapi dengan lebih kurang dua (2) juta 9bahan cetak dan digital serta kemudahan akses dalam talian, klinik kesihatan, kedai-kedai runcit, pejabat pos dan beberapa buah bank. 

Kampus-kampus lain terletak di Kuantan, Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Gambang. Kampus Kuantan terletak di tengah-tengah lembah yang dikelilingi hutan tebal menempatkan fakulti Sains, Sains Perubatan, Farmasi, Sains Kesihatan Bersekutu, Kejururawatan dan Pergigian. Kampus Kuala Lumpur yang terletak di Persiaran Duta, kini digunakan oleh Pusat Strategik Pembelajaran Berterusan dan Latihan (CRESCENT). Kampus ini juga turut menempatkan Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu.  Pusat Asasi terletak di Petaling Jaya, sebuah bandar satelit di selatan Kuala Lumpur dan juga di Gambang, Pahang. 

IIUM mempunyai seramai 30,649 pelajar daripada 117 buah negara. Sehingga tahun 2017, IIUM telah melahirkan seramai 85,854 pelajar di peringkat siswazah dan pasca-siswazah di mana 73,677 terdiri dari warganegara Malaysia dan selebihnya, 12,177 adalah pelajar antarabangsa.

Historical Events

Date Event
JAN. 12, 1982 The decision to establish an International Islamic University in Malaysia was made known by the Honorable Prime Minister of Malaysia, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad in Kuala Lumpur.
FEB. 12, 1982 The concept paper for the establishment of the International Islamic University Malaysia was approved by the Prime Minister and the Malaysian Cabinet under the supervision of the Minister of Education, Dato' Dr. Sulaiman Daud. A Steering Committee was set up to coordinate the establishment of International Islamic University Malaysia.
1982 Professor Dr. Ariffin Suhaimi of the University of Pertanian was appointed by the Minister of Education to be the coordinator of the project.
AUG. 1982 The 13th O.I.C Islamic Foreign Ministers' meeting held in Niamey, Niger endorsed Malaysia's proposal for the establishment of the International Islamic University in Malaysia.
MAY 1983 Several countries from the Organizations of Islamic Conference (O.I.C) agreed to co-sponsor the establishment of International Islamic University Malaysia.
MAY 10, 1983 The International Islamic University Malaysia was officially established.
MAY 20, 1983 International Islamic University Malaysia obtained its establishment Order from H.M. The King of Malaysia
MAY 27, 1983 International Islamic University Malaysia Board of Governors held its first meeting.
JUL. 1, 1983 HRH The Sultan of Pahang was appointed as the first Constitutional Head of the University.
JUL. 15, 1983 First intake of 153 students.
SEP. 3, 1983 The Right Honourable Tun Hussien Onn was appointed as the first President of the University.
SEP. 16, 1983 University Senate was established
DEC. 1, 1983 Prof. Dr. Abdul Rauf from Egypt was appointed as the first Rector of the University.



Logo IIUM menggambarkan falsafah IIUM yang menggabungkan ilmu, akal dan wahyu dalam pencarian, penghayatan dan penyebaran ilmu atas nama Allah (SWT) sebagai Pencipta dan Tuhan Semesta Alam. Al-Qurʼān di letak di tengah logo untuk menunjukkan Wahyu dari Allah (SWT), ilmu yang mutlak yang berada di atas semua ilmu-ilmu yang lain. Al- Qurʼān memberi panduan dan inspirasi kepada pencarian ilmu di IIUM. Simbol Al-Qur’an dikelilingi oleh pola ka’bah, simbol Baitullah di Mekah untuk memaparkan prinsip tawhīd iaitu keesaan Tuhan, kesatuan ilmu dan umat manusia dan juga konsep ‘ibādah, iaitu ketaatan dan penyerahan kepada Tuhan. Lapan kubah yang setiap satunya menghala ke arah yang berbeza mewakili lapan cabang ilmu dan disiplin manusia yang berbeza namun bertunjang kepada asas tawhīd yang sama. Akhir sekali, lapan kubah luar menandakan pelbagai usaha untuk membangunkan manusia (dalam aspek kehidupan sosial, kebudayaan dan peradaban) berdasarkan kepada ilmu dan disiplin yang bertunjangkan tawhīd. Logo ini diwarnakan dengan warna emas yang menggambarkan prinsip bersama tawhīd,‘ibādah,‘aqīdah (kepercayaan) sharīʿah (sistem perundangan Islam) dan akhlāq (etika). Penggunaan warna emas dalam logo adalah simbolik untuk menggambarkan kecemerlangan dan kemakmuran.

LEADING THE WAY

Let‘s lead the way
Enlighten the future
Share the wisdom
Through the spirit of Islam
Revelation and Reason
We shall excel, we shall prevail
Merging faith and knowledge
We’re the khalifah
We’ll fulfill the Amanah
Chorus:
Together,
We make the world a better place
Forever,
Expand the culture of Iqra’
IIUM,
Is to realise, the meaning of...
Rahmatan li’l-Alamin
Together,
We make the world a better place
Forever,
Expand the culture of Iqra’
IIUM,
Is to realise, the meaning of...
(Mercy to all the worlds)
For all mankind