الأخبار

الأخبار

IIUM Pagoh menerima Anugrah Khas dan Anugrah Jasa dan Bakti dari Sekolah Kebangsaan Parit Bakar Tengah, Muar, Johor

IIUM Pagoh menerima Anugrah Khas dan Anugrah Jasa dan Bakti dari Sekolah Kebangsaan Parit Bakar Tengah, Muar, Johor

التاريخ : 06 December 2018

المحرر : Mohamad Hazim Bin Selamat

الفئة : News


Share

Tahniah, Dr. Mohamad Zuber bin Ismail dan Saudara Akhmal Hakim bin Mohamad.

Sempena Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2018 untuk meraikan kejayaan para pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum Sekolah Kebangsaan Parit Bakar Tengah, dua Wakil daripada Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan, UIAM Pagoh, Dr. Mohamad Zuber bin Ismail (Pensyarah) dan Saudara Akhmal Hakim bin Mohamad (Pelajar)  telah dijemput oleh pihak sekolah bagi memeriahkan majlis dan menerima (Anugerah Khas) dan (Anugerah Jasa dan Bakti). Anugerah ini diberikan sebagai tanda penghargaan dan jalin kerjasama antara SK Parit Bakar Tengah dengan UIAM Pagoh dalam beberapa siri program yang dijalankan sebelum ini seperti Kem Kepimpinan Pengawas, Kem Motivasi dan Kecemerlangan UPSR, Karnival Kesihatan Hab Pendidikan Tinggi Pagoh dan Bulan Citra Bahasa. Diharapkan jalinan ukhuwah antara UIAM Pagoh dengan SK Parit Bakar Tengah semakin kukuh dan terjalin erat.

Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Muar, Tn. Hj. Lukman bin Simon pada hari Ahad tanggal 18 November 2018.