الأخبار

الأخبار

Pelaksanaan hukuman mati masih relevan

Pelaksanaan hukuman mati masih relevan

التاريخ : 28 December 2018

المحرر : Roslan Bin Rusly

الفئة : News


Share

Sayamerujuk laporan berita mengenai kenyataan kerajaan bersiap sedia membentangkan rang undang-undang bagi menghapuskan hukuman mati mandatori. Sebelum ini, kita juga mendengar laporan Kabinet telah membuat keputusan secarakolektif untuk memansuhkan semua hukuman mati, sama ada mandatori atauhukuman mati sebagai salah satu hukuman pilihan bagi 33 kesalahan mengikut lapan akta berkaitan. Hukuman itu dikata akan diganti hukuman penjara30tahun, iaitu hukuman penjaraseumur hidup sebagai hukumanmaksimum mengikut Akta Keadilan Jenayah. Bahkan, sebelum ini kita mendengar mengenai moratorium hukuman mati. Pada 2017, kerajaan terdahulu membuat pindaan dan menamatkan hukuman mati mandatori bagi kesalahan Seksyen39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Kewajaran hukuman mati menjadi kajian oleh kerajaan, hasilnya patut disebar luas kepada rakyat untuk difahami alasan pemansuhannya. Rakyat hendaklah diberikan peluang menyampaikan pandangan mengenai isu berkaitan. Kita perluambil perhatian bahawa penghapusan hukuman mati ialah gerakanhak asasi antarabangsa,terutama melalui ‘Convention against Torture and Other Cruel,Inhuman or DegradingTreatment or Punishment’ dan ‘International Covenant on Civil and Political Rights’, begitu jugadengan Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Antarabangsa. Hampir 150 negarasudah menghapuskan hukuman mati dan lebih kurang 50 negaramasih lagi mengekalkannya.Penghapusansemua jenis hukuman mati mungkin persedian untuk menerima Perjanjian-Perjanjian Antarabangsa yang dimaksudkan. Pejuang hak asasi versi Barat anggaphukuman mati, sama ada mandatori ataupilihan kepada penjaraseumur hidup adalah satu bentuk pembunuhan kejam, penganiayaan dan tidak berperikemanusiaan. Namun, bersandarkanalasan tersendiri, ramai masih menyokong pengekalan ataukewujudan hukuman mati. Hujah dikemukakan,antaralain balasan ke atas perlakuan salah dilakukanpesalah. Penjenayahperlu dihukum setimpal atas perbuatannya yang menyalahi aturan sistem kemasyarakatan. Hak mangsa jenayahhendaklah juga diutamakan, bukan semata-mata hak asasi penjenayah.

Ambil kira kepentingan mangsa

Kemuliaan mangsa jenayahhendaklah diambil perhatian utama dalam menentukan kadar ataubentuk hukuman pesalah. Dalam menentukan jenis dan tahap hukuman, mahkamah semestinyamengambilkirakepentingan mangsa dan darjah kekerasan dilakukan penjenayah ketika melakukan jenayahkeatasmangsa. Hukuman, tidak mengirajenis, tidak boleh dilihat semata-mata bagi kepentinganpenjenayah, tetapi hendaklah juga dilihat sebagai menegakkan keadilan kepada mangsa ataukeluarganya. Malah, dicadangkan supaya ketikamenjatuhkanhukuman mati dan pelaksanaannya,mangsaataukeluarganya hendaklah diberi ruang bersuara, sama ada untuk memaafkanpenjenayahatautidak. Pernyataan mangsa hendaklah diberikan nilai undang-undang pada sisi mahkamah. Adajugapenyokong hukuman mati berhujah, hakim mungkin melakukan kesilapan ketika membuat keputusan menghukum dengan hukuman mati. Lantas, dihujahkan sekiranya seseorang itu dihukum mati, peluang memberi remedi kepada kesilapan itu tiada lagi. Bagi menjawabhujah itu, perludiingat bahawa setiap hukuman dikenakan ke ataspesalah telah melalui proses pendakwaan, perbicaraan dan pembuktian di mahkamah. Tiada keyakinan kepada sistem pendakwaan, perbicaraan dan pembuktian dilihat sebagai sandaran kepada hujah ini.

Oleh itu, tindakan perludiambil ialah meningkatkan tahap pembuktian, bukan menghapuskanhukuman mati. Pembuktian kesmembabitkan hukuman mati hendaklah diperketat, pembuktian hendaklah sampai ke tahap amat kukuh. Dalam laras bahasa perundangan, ia hendaklah mencapai tahap ‘yakin’(pasti benar) atau beyond any shadow of doubt (melampaui sebarang keraguan), bukan hanya setakat beyond any reasonable doubt (melampaui keraguan munasabah). Pembuktianhendaklahsampai ke suatutahap tiada sebarang keraguan, walaupun sebesar zarah. Tahappembuktianyang tinggi secaralangsung dapat membantu hakim daripada terjerumus melakukan

 kesilapan dalam menentukan tahap dan sifat hukuman yang dikenakan. Walaupun banyaknegaratelah menolak ataumenghapuskan hukuman mati, ia tidak semestinya jadi ikatan atauikutan Malaysia. Kita tidak perlumeniru atauikut sahaja tindakan atau pendekatan negaralain. Malaysia negaramerdekadan berdaulat, punyaiprinsip perundangan tersendiri.

Perlu yakin sistem kita

Setelah lebih 60 tahun merdeka, Malaysia berjaya membentuk jati diri perundangan negara, berjaya menghapuskan rayuan kepada MajlisPrivy dan perbicaraan sistemjuri. Malaysia seharusnya yakin dengan sistem diamalkan selama ini, tidak hanya mengikut trend negara lain atau hanya mahu mencatat rekod menandatangani ataumeratifikasi perjanjian antarabangsa. SekiranyaMalaysia perlukan perubahan berkaitan hukuman mati, ia mestilah berdasarkankehendak masyarakatdan falsafah perundangan diamal di negaraini. Seboleh-bolehnya perubahan itu harus bebas daripada kontroversi berpanjangan. Walaupun banyaknegaratelah menghapuskan hukuman mati, keperluan untuk mengamalkan hukuman itu tetapmenjadi isu disebabkan ramai rakyat di negaraberkenaan masih menyokongnya,terutama ke ataskeganasan melampauatauamat kejam dan juga jenayahkejam membabitkan mangsa kanak-kanak atauwarga tua. Hukumanmati masihrelevan dalam kesjenayah beratmelampauseperti

jenayahkemanusiaan, genosid ataupenghapusan bangsa, rogol bersiri atauberkumpulan ataumembabitkan keselamatan dan kedaulatan negara. Sekiranya dilihat sejarah perlakuan jenayahdinegarakita dalam beberapa keadaan,masyarakatMalaysia mahukan hukuman mati ke atas perogol, terutama yang menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa ataupenjenayah yang menggunakan kekerasan atausenjata api. Walaupun menyokong pengekalan hukuman mati bagi kesalahan beratdinegaraini, ia tidak semestinya menjadi pilihan utama dan pembuktian dalam kesberkenaan hendaklah diubah kepada tahap lebih tinggi, manakala hukuman mati mandatori perlud ihapuskan sama sekali.