Staff Directory
Academic Qualification
- SARJANA PENGAJIAN MELAYU - Masters Degree, Universiti Malaya (UM)
- BACHELOR OF ARTS (HONOURS) IN MALAY FOR INTERNATIONAL COMMUNICATION - Bachelor Degree, International Islamic University Malaysia
Akhmal Hakim Bin Mohamad
CELPAD Lecturer
IIUM Gombak Campus
CENTRE FOR LANGUAGES AND PRE-UNIVERSITY ACADEMIC DEVELOPMENT
Expert Profile
Akhmal Hakim bin Mohamad (Nama Pena: Kemilau Adiwarna) merupakan pensyarah di Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik Prauniversiti (CELPAD), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana dalam jurusan Pengajian Melayu dari Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM). Di samping itu, beliau juga telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa dari Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan, UIAM.
Beliau mempunyai kepakaran dalam penyelidikan linguistik, kebudayaan dan kesusasteraan Melayu menerusi pengalaman pendidikan dari UM dan UIAM. Kebanyakan penyelidikan yang diterbitkan berada dalam cakupan sosiolinguistik, pragmatik, fonetik dan fonologi, linguistik perbandingan, leksikostatistik dan glotokronologi. Selain itu, beliau juga mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas dalam bidang pengacaraan dan pengendalian majlis, protokol dan etika, dendangan syair, nyanyian lagu-lagu Melayu asli, ghazal, tradisional dan klasik. Beliau juga mempunyai kemahiran dalam Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dan juga Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM), hasil daripada pengalaman beliau berkomunikasi dengan orang kelainan upaya pendengaran dan juga menyertai kursus-kursus BIM anjuran Persekutuan Pekak Malaysia (MFD).
Kini, beliau masih lagi bergiat aktif dalam bidang pendidikan dengan pengajaran kursus Bahasa Melayu Kerjaya yang membimbing pelajar untuk persediaan dalam alam kerjaya.
Teaching Responsibilities
BAHASA MELAYU KERJAYA (SAINS SOSIAL) | 2024/2025 2023/2024 2022/2023 |
BAHASA MELAYU I | 2024/2025 2023/2024 |
BAHASA MELAYU KERJAYA (SAINS SOSIAL) | 2022/2023 2021/2022 |
Publications
Article
2023 | Ketupat lepas: makanan tradisi masyarakat Melayu Sarawak. Dewan Budaya, 45 (8) pp. 40-43 |
2022 | Perancangan rapi dalam Silir Daksina dari perspektif pendekatan pengurusan. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 33 (2) pp. 118-145 |
Conference or Workshop Item
2023 | Strategi Kesantunan dalam Filem Melayu Klasik Damaq. In: INTERNATIONAL CONFERENCE ON LANGUAGE, EDUCATION AND TOURISM 2023, |
Book
2024 | Himpunan kisah benar mahasiswa. Aksara M.A.S. Ventures, ISBN: 978-629-99343-0-1 |