Announcements
NOTICE OF TENDER FOR AUXILIARY SERVICES IN IIUM GOMBAK
Date : 09 September 2011
Reported by : WebMaster
Category : Announcements
Tweet This
Tawaran adalah dipelawa daripada pembekal-pembekal/syarikat -syarikat bertaraf BUMIPUTRA SAHAJA serta berdaftar dengan KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA/PERBENDAHARAAN MALAYSIA di dalam Kod Bidang/Sub-Bidang/Pecahan Sub-Bidang yangberkaitan dan pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa bagi tawaran penyewaan ruang niaga berikut:-
NO. |
TAJUK TAWARAN (KOD TAWARAN) |
LOKASI |
TARIKH & MASA TENDER DI JUAL |
TARIKH & MASA TENDER DI TUTUP |
TARIKH AKHIR SERAH TENDER
|
1.
|
Kedai serbaneka |
Kulliyyah & Kolej Kediaman di IIUM Gombak
|
12/9/2011 (ISNIN)
9.00 pagi - 5.00 petang
|
21/9/2011 (RABU)
12.00 tengahari
|
30/9/2011 (JUMAAT)
12.00 tengahari |
Satu sesi taklimat WAJIB bertempat di Multi Purpose Hall, FFSD, Tingkat 3, IIUM Kampus Gombak akan diadakan pada 19/9/2011 (ISNIN), jam 9.30 pagi. Penender tidak akan disenarai pendek sekiranya GAGAL untuk menghadiri Taklimat Wajib.
Penender yang ingin membeli dokumen tender di atas hendaklah menyediakan Wang Pos/Kiriman Wang/Deraf Bank sebanyak RM50.00 senaskah yang dibuat atas nama ‘Pengarah Kewangan UIAM’. Bayaran Dokumen ini tidak akan DIKEMBALIKAN.
Hanya penender yang mengemukakan DOKUMEN ASAL di dalam bidang berkenaan bersamasatu (1) salinan fotostat sahajalayak membeli Dokumen Tawaran Tender mulai tarikh ianya dijual di tempat dan alamat seperti berikut:-
Facilities, Food & Services Department (FFSD)
Tingkat 3, Central Complex,
International Islamic University Malaysia (IIUM),
53100, Jalan Gombak,
KUALA LUMPUR.
Dokumen Tawaran Tender yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri serta ditulis di sudut kiri atas jenis perkhidmatan seperti di atas dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di:-
Facilities, Food & Services Department (FFSD)
Tingkat 3, Central Complex,
International Islamic University Malaysia (IIUM),
53100, Jalan Gombak,
KUALA LUMPUR
pada atau sebelum Tarikh Akhir Penghantaran Tender tersebut ditutup iaitu pada/sebelum jam 12.00 tengahari. Tawaran yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kos perbelanjaan serta tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran dan keputusan pihak Universiti adalah muktamad. Bukti pos tidak dianggap sebagai bukti penerimaan.
Maklumat mengenai Tender ini boleh juga dilayari di laman web http://www.iium.edu.my
PERINGATAN: ‘PEMBERI & PENERIMA RASUAH ADALAH SALAH DI BAWAH AKTA SURUHANJAYA
PENCEGAH RASUAH MALAYSIA (AKTA 694)’