الإعلانات
TENDER FOR FOOD & BEVERAGE OUTLET AND AUXILIARY SERVICES AT IIUM KUANTAN CAMPUS
التاريخ : 24 July 2014
المحرر : WebMaster
الفئة : Announcements
غرد هذا
KENYATAAN TENDER |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat bertaraf BUMIPUTERA SAHAJA yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) yang mana pendaftarannya masih berkuatkuasa pada masa ini untuk kontrak mengurus perkhidmatan berikut di INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA (IIUM), KAMPUS KUANTAN
1. Dokumen tender akan dijual (senaskah RM50.00) mulai 21hb Julai 2014 sehingga 6hb Ogos 2014 dari jam 9.00 pagi sehingga jam 4.00 petang di Kaunter, Bahagian Kewangan, IIUM Kuantan. 2. Taklimat WAJIBbertempat diMini Auditorium, Tingkat 2, Pejabat Pengarah Kampus, IIUM Kuantan akan diadakan pada24hb Julai 2014 jam 10.00 pagi. Penender tidak akan disenarai pendek sekiranya GAGAL menghadiri Sesi Taklimat. 3. Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalan Ringgit Malaysia dalam bentukDraf Bank / Wang Pos atas nama ‘IIUM Kuantan’. Penender WAJIB membawa SIJIL ASAL PENDAFTARAN SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM) DAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KKM) beserta satu (1) salinan pendua untuk diserahkan semasa membeli dokumen tender. Perkhidmatan fotokopi tidak disediakan. 4. Dokumen tender beserta kertas cadangan yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta bertanda kod premis di sebelah kiri bahagian atas sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat berikut:- Facilities, Food and Services Unit (FFSU) Tingkat 1, Pejabat Pengarah Kampus International Islamic University Malaysia (IIUM) Kampus Kuantan 25200, Kuantan, Pahang
sebelum atau pada 12hb Ogos 2014 (Selasa), jam 4.00 petang.
5. Dokumen tender beserta kertas cadangan yang lewat diterima dari tarikh dan masa ditetapkanTIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN. 6. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian09 5704263/4264 (Waktu Pejabat sahaja) 7. Pihak Universiti tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kos perbelanjaan serta tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran dan keputusan pihak Universiti adalah muktamad. Bukti pos tidak dianggap sebagai bukti penerimaan. 8. Iklan tender ini boleh juga dilayari di lamanweb http://www.iium.edu.my |