الأخبار
40 NGO sertai majlis ikrar pertahan Kota Al-Quds
التاريخ : 07 December 2018
المحرر : Roslan Bin Rusly
الفئة : News
غرد هذا
Gombak: Empat puluh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul dalam Majlis Ikrar Mempertahankan Kota Al-Quds (Baitulmaqdis) di UniversitiI slam Antarabangsa (UIA), semalam.
Majlis anjuran Yayasan Al-Quds Malaysia itu diadakangenap setahun selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengiktiraf kota suci Baitulmaqdis sebagai ibu negaraIsrael, yang turut menerima kritikan antarabangsa khususnya negara Islam.
Ketua Pegawa iEksekutif Yayasan Al-Quds, Dr Sharif Abu Shammala, berkata pihaknya berterimakasih kepada NGO, termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)dan kerajaan Malaysia atas komitmen berterusan menentang penindasan terhadap rakyat Palestin.
“Kami memilih tarikh ini sama dengan tarikh Presiden AS mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel bagi menyatakan bantahan kami secaraaman.
“Acara ini adalah acarasimbolik untuk menyatakan kepada dunia bahawa kami bersatu dalam menentang segala usaha jahat terhadap rakyat Palestin,”katanya dalam ucapan pembukaan.
Yang hadir sama,Timbalan Menteri Kerja Raya,Mohd Anuar Mohd Tahir dan Timbalan Rektor (Hal EhwalPelajar) UIA, Prof MadyaDr Zulkifli Hasandan Ustazah Al-Aqsa, Zeina Amr.
Pada sidang media, Sharif berkata, pengisytiharan oleh Trump itu menyebabkan keadaan di Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa semakin huru-hara apabila rejim zionis meningkatkan keganasan, setiap hari.
“Mereka(Israel) juga melakukan kerja penggalian di sekeliling masjid dan saya difahamkan, kira-kira 65 terowong dibina di sana setakat ini. “Israel sedang berusaha untuk membina bandar baharu untuk penduduk Yahudi di bawah bandar Baitulmaqdis dan Masjid AlAqsa.
“Idea ini juga bertujuan untuk menghalau dan memusnahkan penempatan Palestin di bandar berkenaan,” katanya.
Menentang penindasan
Sementara itu, Mohd Anuar berkata, kerajaan Pakatan Harapan komitedmenentangsebarangbentukpenindasand an kekejaman terhadap rakyat Palestin. “Majlis ikrar ini amat bermakna kerana kita ingin mengingatkan kepada dunia, apapun langkah yangdiambilTrumpitutidakakan disokong oleh pencinta damai seluruh dunia.
“Walaupun sudah setahun beliau( Trump) umum dan sudah memindahkan kedutaan AS ke Baitulmaqdis,itu tidak bermakna kita akan membiarkan ini dengan mudah.
“Kita akan menentanghabis-habisan dan meyakinkan semua negarapencinta kedamaia nsupaya jangan mengikut langkah jahat AS itu,”katanya.
Majlis bacaan ikrar itu dipimpin oleh Presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim dan sebagai simbolik, Zeina turut menyerahkan sebotol kecil mengandungi tanah Baitulmaqdis dan setangkai daun pokok zaiton kepada Mohd Anuar.
Walaupun tanah dilarang dibawa keluar dari kota suci itu, Ziena berkata, ia adalah simbolik ‘amanah’ dan perlu dikembalikan ke sana apabila ia dibebaskan kelak.