الأخبار

الأخبار

BXCESS revolusi platform digital holistik usahawan

BXCESS revolusi platform digital holistik usahawan

التاريخ : 25 July 2019

المحرر : Roslan Bin Rusly

الفئة : News


Share

GOMBAK: Fintech Capital Group Bhd (FCGB), syarikat berkaitan perniagaan pembangunan perisian kewangan membangunkan BXCESS iaitu aplikasi dan pengisian komprehensif yang melengkapi keperluan usahawan.


Platform digital itu dilengkapi dengan ciri yang direka khas untuk perniagaan permulaan dan ‘scale-up’ serta satu-satunya platform digital holistik untuk semua usahawan.

Pengarah FCGB, Mohd Hafiz M Said@Mohd Shaikh, berkata BXCESS adalah satu revolusi platform digital yang dijangka merubah dan menambah upaya landskap semasa untuk perniagaan kecil dan sederhana.

“Platform ini tampil dengan pelbagai ciri yang dapat memacu perjalanan untuk memulakan perniagaan bagi industri kecil dan sederhana, bermula dari mendapatkan pembiayaan, akses kepada pasaran baharu sehingga mendapatkan bantuan sokongan serta kerjasama daripada agensi kerajaan dan swasta.

“Manfaat daripada BXCESS juga meliputi penambahbaikan kualiti operasi, penambahdayaan laporan pintar menggunakan big data dan kemudahan mengintegrasiman sistem melalui satu aplikasi pusat,” katanya pada pelancaran Program Transformasi Digital Usahawan dan pelancaran aplikasi, BXCESS, di sini, hari ini.

Pelancaran disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

BXCESS menawarkan bantuan perniagaan menyeluruh melalui sokongan dan pembabitan komuniti; pangkalan informasi mengandungi sebaran maklumat mengenai acara; berita mutakhir dan trend terkini dalam industri tertentu.

Selain itu, ia juga menyediakan sistem penilaian untuk kelayakan mendapatkan pembiayaan dan pembangunan upaya pelaksanaan serta penampungan dalam perniagaan.

Disediakan dalam bentuk aplikasi mobil dan laman web, BXCESS merapatkan jurang akses terhadap pelbagai saluran perniagaan dan membantu mempercepatkan proses memulakan perniagaan atau memacu perniagaan ke arah lebih maju.

Teras utama aplikasi berkenaan ialah sebagai hab pengetahuan; hab pembiayaan kewangan; hab perniagaan dan hab pembangunan.

Source:https://www.bharian.com.my/bis...