الأخبار
IIUM Grab 3 Awards in National Book Awards 2018
التاريخ : 04 May 2018
المحرر : dsh
الفئة : News
غرد هذا
Kuala Lumpur - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menerima tiga buah Anugerah penerbitan buku di Anugerah Buku Negara yang berlangsung di Seri Pacific Hotel di ibu negara baru-baru ini.
UIAM memenangi dua anugerah buku untuk Kategori Bahasa Arab dan Kategori Kewangan Islam serta satu Anugerah Industri untuk penerbit buku.
Bagi kategori Bahasa Arab buku berjudul Dirasat fi ilm al-Jurh wa al-Ta'dil: Tadribat wa Tatbiqunyang ditulis oleh Saadeldin Mansour dinobatkan sebagai Buku Umum Terbaik manakala bagi kategori Kewangan Islam buku berjudul Regulation & Supervision of Islamic Microfinance yang disunting oleh Abdul Ghafar Ismail, Mohamad Ridzwan Ishak dan Zulkile Leman turut dinobatkan sebagai Buku Umum Terbaik.
IIUM Press menerima Anugerah bagi Kategori Industri dinobatkan sebagai Penerbit Buku Ilmiah Prolifik.
Rektor UIAM, Prof Datuk Sri Dr. Zaleha Kamarudin dan Pengarah IIUM Press, Prof. Dr. Roosfa Hashim hadir bagi menerima anugerah.
Anugerah Buku Negara ini dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara diadakan bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang berlangsung selama dua minggu bermula 27 April hingga 6 Mei 2018.
Menurut Rektor UIAM ketika ditemui beliau berkata, dengan adanya penghargaan sebegini ia sedikit sebanyak dapat memberikan semangat kepada penerbit-penerbit buku untuk melahirkan lebih banyak buku yang berkualiti dan dalam masa akan memotivasikan para penyelidik dan pensyarah untuk menulis buku.
“Apa yang dapat dilihat ialah dengan adanya anugerah sebegini, ia memberi peluang kepada pemain industri iaitu penerbit dan penulis untuk sama-sama bergiat aktif dalam industri penerbitan buku ini dan secara tidak langsung kepada UIAM yang akan melahirkan lebih ramai lagi penulis dalam kalangan pensyarah serta dapat membantu memberi manfaat kepada rakyat Malaysia secara khususnya dan serata dunia secara amnya."
Dalam majlis yang berlangsung ini, pelbagai bidang dan cabang kategori dipertandingkan. Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan seperti Anugerah Perdana, Anugerah Pengajian Tinggi, Anugerah Industri Buku, Anugerah Sastera, Anugerah Media Baharu, Anugerah Telenovela dan Anugerah Kategori Industri.
Turut disampaikan Anugerah Buku ASEAN 2018. Anugerah ini diberikan kepada penerbit-penerbit dalam kalangan negara Asean seperti Brunei, Indonesia dan Singapura.
Read more: http://kampusuols.com/article/...