الأخبار

الأخبار

Impian pelajar miskin mahu jadi doktor mungkin tercapai

Impian pelajar miskin mahu jadi doktor mungkin tercapai

التاريخ : 03 April 2019

المحرر : Roslan Bin Rusly

الفئة : News


Share

KualaLumpur: Impian pelajar miskin, Abdul Manaf Abdul Aziz, 18, yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018, untuk menjadi seorang doktor mungkin tercapai selepas dia ditawarm elanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik,berkata pegawainya serta pihak UIAM  mengunjungi Abdul Manaf dan menyerahkan surat tawaran untuk memasuki
Pusat Asasi UIAM.

“Saya amat terharu mendengar cerita kehidupan adik Abdul Manaf yang ibunya sudah meninggal dunia tahun lalu dan ayahnya cuma bekerja sendiri dengan pendapatan tidak menentu. 

“Namun disebalik kesempitan hidup, bapanya berjaya membesarkan Abdul Manaf menjadi insan yang berilmu,”katanya dalam kenyataan semalam. 

Beliau berkata, Abdul Manaf akan diberikan peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi menggunakan laluan khas untuk isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40). 

Abdul Manaf yang menetap bersama keluarganya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Temai, Pekan, Pahang, menyimpan impian menjadi doktor pakar dalam bidang otak dan saraf. Beliau antara pelajar dari Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah yang memperoleh 10A.