الأخبار
Kaji semula kurikulum peradaban agama Islam, elak salah faham - PM
التاريخ : 27 January 2023
المحرر : ISTAC Web
الفئة : News
غرد هذا
Original article from Berita Harian
Oleh Rohaniza Idris - Januari 26, 2023 @ 2:35pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir ke majlis pelancaran Buku Himpunan Esei “Knowledge,Tradition and Civilization: Essays In Honour of Professor Osman Bakar” di International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini.
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti cadangan supaya kurikulum peradaban Islam dalam pengajian tinggi di kaji semula, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, langkah itu mengambil kira cadangan ilmuan dan pemikir Islam yang bimbang dengan salah faham agama yang dibangkitkan pelbagai pihak termasuk ahli politik.
Katanya, perincian cadangan itu diserahkan kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
"Cadangan daripada sarjana utama itu mahukan kurikulum mata pelajaran peradaban Islam itu harus dilihat dan dikaji semula supaya betul-betul memberi kefahaman yang lebih mendalam mesej Islam.
"Sudah tentunya ini ada berkaitan soal nilai, akhlak, kemanusiaan yang universal, maka
saya rasakan perlu diberi perhatian," katanya kepada media selepas melancarkan Majlis Pelancaran Buku Himpunan Esei "Knowledge, Tradition and Civization : Essay in Honour of Professor Osman Bakardi Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC).
Anwar berkata, kaji semula itu penting bagimenjawab salah faham mengenai Islam yang ditafsirkan dengan salah oleh banyak pihak.
Katanya, langkah itu juga bagi meningkatkan pemahaman terhadap Islam yang mana kadang-kadang Islam itu ditafsirkan tanpa merujuk kepada sumber rujukan yang sebenar seperti hadis, al-Quran, sunnah dan pandangan ulama.
"Sekarang ini semua mahu mengulas dan seolah pakar menyatakan pandangan tanpa merujuk hadis,al-Quran, ulasan, buku dan pandangan pemikir Islam.
"Ini semua orang nak bua ttazkirah, buat fatwa masing-masing. Bila kita tegur, dia kata kita anti ulama, ini tak benar.
"Ada mendakwa mereka guru agama, sama ada panggil ulama atau tidak,itu saya tidak tahu, tapi membuat kenyataan yang salah, itu mesti ditegur," katanya
Beliau juga menyatakan kebimbangan ada tokoh dan pemimpin parti politik yang turut sama membuat kenyataan yang mengelirukan
"(Tidak sepatutnya) dia ulama maka kenyataannya semua benar. Islam tidak pernah mengajar kita begitu.
"Itu sebabnya pendidikan Islam itu harus memberi kefahaman lebih mendalam berdasarkan al-Quran, sunnah dan hadis serta pandangan ulama muktabar.
"Kupasan itu mesti dihujah dan jika perlu dibuat teguran untuk pembetulan, ini yang dikatakan tradisi ilmu pelajaran secara kritis," katanya.