الأخبار
Bangga dan teruja pasti dirasai oleh setiap ibu bapa apabila melihat kejayaan anak meraih kejayaan untuk menggenggam segulung ijazah.
Bagi si anak pula ia adalah satu hadiah yang cukup bermakna buat mereka. Segala perit jerih keringat ibu bapa mereka dapat dihadiahkan dengan kejayaan.
Namun ia bertukar apabila perasaan sedih dan hiba apabila ibu dan ayah sendiri menerima ijazah bagi pihak anak mereka yang sudah tiada lagi di dunia.
Sebak dan redha adalah perasaan yang tidak dapat diselindung oleh kedua ibu bapa graduan UIAM yang meninggal dunia.
Untuk majlis konvokesyen pada tahun ini, dua orang graduan UIAM meninggal dunia sebelum hari konvokesyen. Meraka menerima Ijazah Anumerta mengikut bidang pengajian masing-masing.
Ijazah Anumerta merupakan penghargaan kepada waris graduan yang meninggal dunia dan berjaya menyelesaikan dan menamatkan pengajian mereka.
Mereka adalah graduan Sains Komputer, Kulliyyah Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Allahyarhamah Nur Syameem Alya Binti Khairul Anuar yang berasal dari Kelantan.
Nur Syameem meninggal dunia oktober lalu akibat jangkitan ulser perut dan talasemia.
Manakala Allahyarham Mohd Aqmal bin Ibrahim graduan Pentadbiran Perniagaan dari Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan berasal dari Kuching, Sarawak.
Mohg Aqmal meninggal dunia pada oktober lalu akibat kanser limfoma.
Ijazah Allahyarham di terima oleh bapanya En. Ibrahim Mahmud.
Pada mulanya kedua wakil keluarga tidak mahu datang sebab sudah tiada apa lagi untuk diraikan, apatah lagi terpaksa menanggung rasa sedih apabila melihat orang lain meraikan bersama anak mereka.
Semoga kedua Allahyarham dan Allahyarhamah ditempatkan di kalangan golongan yang beriman.
RnR