الأخبار

الأخبار

Kedua-dua anak saya bergraduasi di UIAM - Mat Sabu

Kedua-dua anak saya bergraduasi di UIAM - Mat Sabu

التاريخ : 11 November 2018

المحرر : dsh

الفئة : News


Share

AHMAD Ali Hidayati Mohamad (kanan) yang juga anak kepada Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan di UIAM Gombak. - Foto SADDAM YUSOFF

Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin
khairul.anam@bh.com.my

GOMBAK:
Anak kepada Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menerima ijazah pada
Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Ke-34
di Dewan Utama Pusat Kebudayaan UIAM Kampus Gombak, di sini, hari ini.

Ahmad Ali Hidayati Mohamad menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Mekanikal-Automotif) dengan kepujian yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Gabenor UIAM, Datuk Seri Syed Hussien Al-Habshee.

Mohamad berkata, beliau berterima kasih dan berbangga dengan UIAM kerana kedua-dua anaknya bergraduasi di universiti itu.

Beliau berkata, harapannya agar Ahmad Ali Hidayati dapat menjadi warganegara yang dapat menyumbang bakti kepada ekonomi serta kemanusiaan di negara ini.

“Dia (Ahmad) adalah anak kedua saya yang bergraduasi di sini (UIAM), anak yang pertama sudah menjadi peguam. Terima kasih kepada pihak universiti yang mendidik anak saya ini.

“Keempat-empat (anak) saya ini tidak berapa nampak menurun (mewarisi).. tapi kalau mereka nak aktif dalam politik, tak ada masalah, dipersilakan,” katanya ketika ditemui selepas majlis berkenaan.

Sementara itu, Ahmad Ali Hidayati, 27, berkata, beliau bersyukur kerana dapat menghabiskan pengajiannya itu walaupun mengambil sedikit tempoh masa untuk merealisasikannya.

Katanya, graduan masa kini disaran supaya tidak terlalu memilih pekerjaan seiring cabaran kerjaya pada masa kini.

“Peluang kerja itu sentiasa ada walau sukar, tapi kalau kita terlalu pilih kerja, susahlah.

“Walaupun kerja ini pada permulaannya kita dapat kurang daripada apa yang kita layak, tapi awal-awal ini boleh ambil dulu sebagai pengalaman,” katanya.

Majlis konvokesyen selama empat hari bermula semalam hingga 13 November ini, menyaksikan seramai 5,413 graduan dari 16 fakulti diraikan, masing-masing 4,449 graduan Ijazah Sarjana Muda dan 964 graduan Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah.

Pada sidang keempat itu, seramai 827 graduan menerima ijazah membabitkan bidang pengajian kejuruteraan dan pengajian pengurusan bahasa.

Read more: https://www.bharian.com.my/ber...