الأخبار
Pelajar UIAM bawa pulang lima pingat di Penang International Invention Innovation and Design (PIID) 2019
التاريخ : 02 April 2019
المحرر : Roslan Bin Rusly
الفئة : News
غرد هذا
NIK AHMAD AFIF FIRDAUS MOHD YUSMI & NURFADZLEENA MD FAUZAN,
PAGOH - Pelajar jurusan Perancangan Pelancongan dan Pengurusan Hospitaliti, Kulliyyah Bahasa dan Pengurusan (KLM) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Pagoh berjaya meraih pingat Emas di Penang International Invention Innovation and Design (PIID) 2019 yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Permatang Pauh, Pulau Pinang baru-baru ini.
Pertandingan Reka Bentuk Penciptaan, Inovasi dan Penyelidikan Antarabangsa Pulau Pinang Antarabangsa (PIID2019) dianjurkan oleh Unit Pengurusan Penyelidikan, UiTMPP yang berfungsi sebagai platform untuk ahli akademik, industri dan pelajar untuk menyerlahkan inovasi, rekaan dan reka bentuk dalam bidang masing-masing.
Selain pingat emas, beberapa lagi pingat seperti dua perak dan dua gangsa telah pun dibawa pulang oleh pasukan UIAM Kampus Pagoh.
Dua lagi produk yang dipamerkan oleh pelajar UIAM turut menerima pingat perak. Produk mereka ialah Loopers dan Chetty: The Unforgotten. Manakala dua produk berikutnya iaitu Food Virtual Reality Theme Park dan Tour Mouve Application masing-masing membawa pulang pingat gangsa.
Kumpulan Gardenstay Design yang diwakili seramai lima orang pelajar berjaya merangkul pingat emas pada pameran tersebut.
Pameran PIID 2019 ialah pameran untuk pengkomersialan, idea, ciptaan dan reka bentuk produk yang sangat inovatif dan bersaing antara satu sama lain untuk diiktiraf sebagai yang terbaik di antara yang terbaik.
Mengikuti pergerakan Revolusi Perindustrian 4.0, persaingan ini mencari produk yang berprestij yang dapat mengekalkan keberkesanan automasi dan inovasi pintar buatan - idea yang boleh mengubah cara hidup, bekerja, dan berkomunikasi dengan lebih baik.
Bagi ketua pasukan Kumpulan Gardenstay Design, Farah Najwa Sarifuddin berkata, UIAM berjaya membawa pulang pingat pada pameran tersebut adalah sesuatu yang sangat membanggakan kerana ia adalah hasil kerjasama para pelajar yang menghasilkan ciptaan produk inovatif mengikut kriteria yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
“Bagi kami mendapat pingat emas adalah salah satu bonus atau rezeki, namun kerjasama dan semangat berpasukan adalah kunci kejayaan penyertaan kami. Jadi, apa yang diharapkan agar dengan kemenangan ini ia akan menjadi pemangkin kepada rakan-rakan yang lain untuk menjana idea-idea yang kreatif dan berinovatif," ujarnya.