الأخبار

الأخبار

Pelajar UIAM santuni komuniti Orang Asli

Pelajar UIAM santuni komuniti Orang Asli

التاريخ : 29 January 2019

المحرر : Roslan Bin Rusly

الفئة : News


Share

Perak - Seramai 50 orang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) telah pun menjalankan aktiviti sukarelawan khidmat masyarakat yang berlangsung di Kampung Orang Asli Pisang, Sungai Siput, Perak yang diadakan baru-baru ini.

Program khidmat masyarakat ini dianjurkan hasil kerjasama Mahallah Bilal dan Mahallah Saffiyyah. Program ini juga mendapat sokongan daripada badan bukan kerajaan(NGO) iaitu dari SEDULUR Team. SEDULUR Team adalah sebuah pertubuhan yang banyak menjalankan aktiviti kemasyarakatan di kawasan kampong-kampung Orang Asli.

Banyak aktiviti yang di jalankan sepanjang tiga hari program tersebut, antaranya ialah lawatan mahabbah ke kawasan kampong, Kenduri, Wayang Pacak dan gotong-royong perdana. Sealin itu juga, komuniti Orang Asli juga turut mengadakan demo dan mengajar para peserta cara membuat sumpit dan menyumpit.

Objektif penganjuran program ini ialah untuk mengeratkan lagi ukhwah dan hubungan di antara para pelajar dan komuniti Orang Asli. Selain itu juga,  ia dapat memberikan pendedahan kepada para peserta untuk mempelajari survival hidup masyarakat Orang Asli.

Bukan itu sahaja program ini sedikit sebanyak dapat menjadikan para peserta yang terdiri dikalangan pelajar untuk sentiasa mempunyai rasa dan semangat kesukarelawan. Para peserta kali ini juga terpaksa mengorban cuti mereka kerana ingin turut serta program yang dianjurkan. Ini membuatkan para peserta bersemangat untuk menyertai program tersebut.