الأخبار
Penyelidik UIAM cemerlang di Ekspo Teknologi Malaysia 2019, bawa pulang 18 pingat inovasi!
التاريخ : 26 February 2019
المحرر : Roslan Bin Rusly
الفئة : News
غرد هذا
GOMBAK - Penyelidik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berjaya membawa pulang 18 pingat inovasi dan ciptaan dan satu anugerah khas di Pameran Ekspo Teknologi Malaysia 2019 (MTE19) yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang berlangsung selama tiga hari bermula 21 hingga 23 Februari 2019.
Pasukan penyelidik UIAM membawa pulang lima pingat emas, 10 pingat perak dan tiga pingat gangsa.
Selain itu juga, UIAM turut menerima anugerah khas. Ia menjadikan UIAM membawa pulang sebanyak 19 pingat.
Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) UIAM telah pun menghantar para penyelidik untuk menyertai pameran tersebut.
Seramai 14 orang penyelidik dari Kampus Gombak dan Kuantan dipilih bersama-sama dengan 18 produk penyelidikan mereka yang telah dipatenkan untuk dipamerkan.
Pencapaian berganda turut diraih apabila seorang penyelidik UIAM dari Institut Penyelidikan Halal Antarabangsa (INHART) UIAM, Prof. Dr. Azura Amid membawa pulang dua pingat emas untuk produknya iaitu produk pemakanan dengan penghasilan kicap soya berasaskan enzim bromelain dan enzim bromelain.
"Ia sesuatu yang boleh dibanggakan kerana saya antara penyelidik awal di INHART dan ini sebagai bukti kepada penyelidik muda supaya mereka perlu berguat aktif melakukan banyak penyelidikan baharu," ujarnya.
Selain itu juga, MTE19 ini adalah medan jaringan industri di antara penyelidik dan pihak industri untuk tujuan pengkomersilan.
"Kedua-dua produk saya iaitu enzim bromelain dan kicap soya ini sudah pun mendapat perhatian sebuah syarikat untuk dilesenkan dan produk tersebut akan melalui proses pengilangan untuk dijual di pasaran tempatan."
Pameran MTE19 ini adalah salah satu ekspo pameran yang menjadi medan para penyelidik yang datang dari universiti dalam dan luar negara untuk mempamerkan dan mempertandingkan hasil kajian dan produk mereka.
Selain itu juga, para penyelidik ini diadili dan diberi markah untuk dipilih sebagai penerima anugerah penyelidikan dan produk terbaik.
Source ; https://kampusuols.com/article...