الأخبار

الأخبار

SASMEC @IIUM dapat pengiktirafan piawaian

SASMEC @IIUM dapat pengiktirafan piawaian

التاريخ : 19 January 2021

المحرر : Roslan Bin Rusly

الفئة : News


Share

By  Nabilah Halim -

KUALA LUMPUR – Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah@IIUM (SASMEC @IIUM) mencipta satu penanda aras dengan menyelesaikan tiga Laporan Ketidak Sesuaian (NCR) tahap pertama untuk ISO 9001:2015 (Sistem Pengurusan Kualiti) dalam tempoh satu hari.

Pengarah pusat perubatan itu, Prof. Datuk Dr. Mohamed Saufi Awang berkata, pihaknya telah dijadikan pelopor dalam kalangan hospital pengajar di Malaysia untuk menerima pengiktirafan yang menggabungkan kesemua jabatan dalam satu ISO.

Beliau berkata, biasanya pensijilan ISO berdasarkan jabatan atau unit tertentu tetapi SASMEC @IIUM berjaya menerima pensijilan ISO dalam menggabungkan klinikal dan pentadbiran.

“Pada mulanya pihak hospital tidak bersedia untuk meneruskan proses pensijilan ke tahap yang kedua dan akan dilanjutkan pada tahun 2021 ekoran situasi pandemik Covid-19 serta NCR yang diterima oleh SIRIM pada tahap pertama yang memerlukan ketelitian yang menyeluruh.

“Namun hasil kerjasama dan usaha yang dijalankan, SASMEC@IIUM berjaya menyelesaikan hampir kesemua NCR yang diterima pada bulan Ogos dan kini sudah bersedia untuk tahap yang kedua,” katanya.

SIRIM mengambil masa selama tiga hari untuk memproses penyerahan laporan tahap kedua pada November lalu.

SASMEC @IIUM berjaya memperoleh pensijilan tersebut dan melakar sejarah apabila menjadi hospital pengajar pertama di Malaysia memiliki pensijilan MS 1900:2014, iaitu Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Shariah dengan memilik sifar NCR oleh SIRIM.

“Kami akan mengambil bahagian dalam Malaysia Book of Record,” tambahnya.

Sementara itu, SASMEC @IIUM kini sedang berusaha memperolehi pengiktirafan hospital mesra bayi dengan mewujudkan Pusat Susu Bonda Halimatussadia yang pertama di Malaysia.

Dr. Mohamed Saufi berkata, projek tersebut sedang menuju ke fasa seterusnya setelah mendapat persetujuan oleh Mufti Pahang dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). – MalaysiaGazette