الأخبار

الأخبار

Tautan Kasih UIAM dekati gelandangan hulurkan bantuan di Jalan TAR

Tautan Kasih UIAM dekati gelandangan hulurkan bantuan di Jalan TAR

التاريخ : 06 March 2019

المحرر : Roslan Bin Rusly

الفئة : News


Share

ROSLAN RUSLY, UIAM

GOMBAK - Seramai 40 orang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang terdiri daripada mereka yang menyertai Kelab Keusahawanan Sosial UIAM telah pun mengadakan program khidmat masyarakat sosial yang diberi nama program 'Tautan Kasih' berlangsung di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur baru-baru ini.





Program Tautan Kasih ini ialah sebuah program khidmat masyarakat yang dianjurkan untuk mendekati golongan gelandangan dan menghulurkan bantuan untuk para gelandangan di kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman.



Antara objektif penganjuran program ini ialah untuk membantu golongan gelandangan serta memberikan pendedahan kepada pelajar hal berkaitan dengan program-program kemasyarakatan.

Sebahagian daripada sukarelawan mengagihkan barang bantuan.

Selain itu juga, ia sebagai salah satu untuk merapatkan lagi ukhuwah dalam kalangan para sukarelawan dan komuniti gelandangan.

Program yang berlangsung ini mendapat kerjasama dengan Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan(NGO) iaitu Pertubuhan Nadi Sihat.

Para sukarelawan menyediakan bantuan dari segi bantuan alatan kebersihan diri berupa bungkusan yang mengandungi sabun, berus dan ubat gigi, syampu dan makanan seperti roti untuk kegunaan para gelandangan.

Timbalan Rektor, Prof.Madya Dr. Zulkifli Hasan turut sama menyampaikan sumbangan kepada golongan gelandangan.

Sementara itu, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Hubungan Komuniti) UIAM, Prof. Madya Dr. Zulkifli Hassan yang hadir sama menyertai program tersebut ketika ditemui berkata, dengan adanya program sebegini ia sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada pelajar kemahiran lain.

"Program yang dianjurkan ini mendedahkan para pelajar satu sisi lain kehidupan yang lain dari yang kita lihat. Selain itu, ia satu proses pembelajaran luar kelas yang mana para pelajar ini akan belajar kemahiran seperti komunikasi, kerja berpasukan, perancangan dan kepedulian."
Mengagihkan barang bantuan kepada kanak-kanak.

Sebanyak 100 bungkusan bantuan diagihkan kepada gelandangan sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman.

Kelab Keusahawan Sosial ini bernaung di bawah Pusat Pembangunan Keusahawanan UIAM.